Monday, January 24, 2011

pekan hari penaga...

salam,
semalam kkida sekeluarga ke bukit mertajam rumah mertua...lama sungguh tak balik bukit mertajam, sejak mertua kkida tinggal dengan sis in law di punchak alam...secara kebetulan cuti panjang taipusam, mereka (sis in law dan mertua) nak balik ke utara...so my hb pun nak ikut sama...dia ajak kkida sekali dan kkida pula bawa bibik kerana kkida tahu rumah tinggal...berbulan-bulan tidak di cuci dan di sapu...boleh le bibik tolong kemas mana yang boleh luar dan dalam...

pagi ahad keesokkannya, hubby ajak kkida  kepekan pagi minggu penaga, mencari breakfast dan lihat-lihat bagaimana keadaannya pekan hari kampung...beli apa yang teringin, terutama sekali makanan kampung seperti ulam dan buah kampung...

perjalanan ke pekan penaga tak sampai sejam dari bukit mertajam...memang best sangat pekan minggu penaga ni...semua ada, murah dan segar...terbayang betapa seronoknya jika dapat tinggal di pekan kecil seperti ni...value for the money...hidup pun mungkin lebih ceria dan sihat rasanya...tiada stress macam orang yang tinggal di bandar besar...

sebelum ni kkida memang kerap juga lalu lalang di pekan penaga ni...ada mak sedara hb tinggal di kuala muda...sebenarnya inilah laluan kami setiap kali nak ke kuala muda...
puyuh segar, 3 for rm12...
ni bukan jual cili, tapi jual baja cili...
putu mayom, sedap....saya tanya kat mana nak beli acuan putu tu...adik ni cakap mereka buat sendiri....:)
cantikkan beg ni....sesuai nak guna untuk ke pasar....
anak ayam, itik pun ada...
seksyen ikan basah segar....seronoknya tengok...tapi hanya dapat tengok jelah...jauh sangat nak bawa balik....:)
abang ni jual macam-macam sayur dan buah kampung...
kakak ni berganding bahu dengan cik abangnya berniaga kueh ni....:)
adik ni pulak menjual buah berangan...
pinggan mangkuk yang cantik ni pun ada jual kat pasar penaga...

2 comments:

  1. Sempoiii... hari khamis pun ada tapi x ramai sgt... ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam sis nk tnya kt kuala muda 2ada homestay x

    ReplyDelete