Labels

Monday, January 31, 2011
more veggies....
wheat bread...

bahan-bahan
350g tepung gandum
3 tbsp wheat germ
230ml air suam (jangan panas sangat)
1.5 tsp dry yeast
1 tsp butter
1tsp sugar
1 tsp garam
masukkan semua bahan kering kedalam bekas pengadun kek...guna hook untuk menguli roti dan doh. campurkan yeast dengan air suam dan biarkan 2, 3 minit. tuangkan campuran air dan yeast kedalam mangkuk uli berisi tepung dan aduk campuran sehingga menjadi seketul doh. terus menguli doh dengan tangan selama 5 minit, jika doh melekat guna sedikit tepung. bulatkan doh dan letakkan kedalam bekas yang telah di taburkan sedikit tepung. letak ditempat yang suam panas dan biarkan doh mengembang....sekitar 30 minit. tumbuk tengah doh dan uli lagi. akhir sekali bentukkan doh ikut suka. jika nak letakkan inti pun boleh. letakkan doh yang telah dibentuk ke dalam dulang pembakar dan biarkan ia mengembang....lagi 30 minit. sapukan sedikit butter cair atas doh dan bakar selama 20 ke 25 minit pada suhu 210C...
kesimpulannya, resepi ni sedap sebagai bun berinti atau roti plain yang disapu mentega, peanut butter, jam, kaya atau sebagai roti sandwich...
Sunday, January 30, 2011
crabmeat omelette with low fat cheese
mix
2 eggs, fresh chives, 2 tbsp milk, salt and pepper....beat until frothy...
panaskan 2 sudu besar minyak olive dan tuangkan telur....biarkan beberapa minit....kemudian taburkan isi ketam (can), tomato (seedless) dan cheese (cheddar or mozarella)...biarkan sekejap dan lipat dua...hidangkan ketika panas dengan sausage dan salad (optional)...
low fat banana bread
walau bagaimanapun rasanya tetap sedap...
bahan-bahan
(mix together)
1 cup mashed ripe bananas
1 tsp baking soda
1/2 cup low fat yogurt
(whisk together)
1/4 cup canola or corn oil
2/3 cup light brown sugar
1 large egg or 2 egg whites
1 tsp vanila
(sieve together)
1 cup all purpose flour
1/2 cup whole wheat flour
1/2 tsp ground cinnamon
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
combine banana mixture with the oil mixture and then add to the flour mixture. Stir just until all the ingredients are moistened. Pour into the prepared pan and smooth the top. Bake for about 45 - 55 minutes at 350C, or until a toothpick inserted in the center of the loaf comes out clean...
Saturday, January 29, 2011
kambing guling...
sebenarnya makyah buat kenduri kahwin anak perempuan sulungnya hari ni, sabtu....tapi kerana secara kebetulan saya ke tapah menjemput hani, kami terus melencung ke simpang pulai rumah mak yah...majlis pernikahan dijalankan petang jumaat selepas asar dan kami tiba lebih kurang jam enam setengah petang...dan majlis pernikahan baru je selesai...
seronok mak yah tengok saya dan adik saya jun from cupcakekasih datang...kami makan-makan dan sembang-sembang hingga jam sepuluh...cadangan awal saya nak terus ke kuala kangsar dan tidur rumah emak....tapi kerana hubby, hani dan ajwad nak ke cairo hari ni, kami terus balik ke KL....tapi tulah kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Pagi-pagi lagi my hubby dah buka tv CNN nak tengok situasi negara yang telah menunjukkan tanda-tanda pergolakan akan berlaku, dan apa yang dia agak memang terjadi. Kerana memikirkan soal keselamatan, my hubby batalkan trip ni dan postpone ke lain masa, bergantung kepada keadaan dan situasi negara arab tersebut...
.....sebenarnya kambing golek atas tu saya yang minta mak yah buatkan dan saya yang keluarkan belanjanya....dan saya berniat nak belanja mak-mak dan bapa-bapa saudara saya iaitu adik beradik mak yah...tapi kerana menggolek kambing perlukan kemahiran dan mak yah tak tau nak buat sendiri dia upah seorang chef yang dia kenal untuk beli kambing, sembelih, marinade dan bakarkan sekali....memang sedaplah daging kambing golek tu, dalamnya chewey dan luarnya crispy....pandai orang yang membuatnya....kata mak yah kambing tu adalah spesis kambing bor iaitu spesis kambing baru...tiada lemak dan rendah kolesterol...
Thursday, January 27, 2011
scrambled egg in donut
pisang kukus
pernah makan pisang kukus cam ni tak?....haaaa....nilah dessert tok nek kita dolu-dolu...depa mana pandai makan trifle atau cheese cake like kita hari ni sebagai pemanis mulut....hehe...
hidangan ringkas...kukus pisang yang lemak manis dan besar seperti ini...dengan kulitnya sekali...
makan dengan kelapa dan gula atau buat krim santan atau custard...(larilah sikit dari konsep kampungnya...:)
sedap dan menyihatkan...
donut gebu....
3/4 cup water
1/3 cup full cream milk powder
1 egg
1/2 cup margarine
3 tbs fine granulated sugar
1 tbs salt
1/2 tbs baking powder
(water dosage depends on flour quantity)
3) place all ingredients in large mixing bowl and knead the dough until smooth
4) round the dough and leave it to rest for 30 minutes or until it rise up to double its original size
5) roll dough to about 1.5 cm thick, cut with a doughnut cutter and allow the dough to rest in a warm place for approximately 30 to 40 minutes
6) fry doughnut in hot oil until golden brown in colour
7) coat with sugar or glace icing before serving.
Wednesday, January 26, 2011
angel hair pasta with home-made meatball in tomato sauce
Tuesday, January 25, 2011
kari ikan haruan kering
kari ni saya guna rempah kari ikan campur rempah kari daging sikit...sebabnya kalau buat gulai pisang memang saya biasa guna rempah daging....tapi sebab nak campur ikan haruan saya mixkan rempah ni....rasanya...pada saya sedaplahkan...hehe...
mee goreng and cendol...
chef mee goreng...
roti canainya pun nampak sodap...dan tukang canainya pun hansem...:)
lagi satu tempat yang sering kami kunjungi kat bukit mertajam ialah gerai cendol ni...menurut my dh...sejak dia kecil lagi cendol ni dah wujud...memang sedap...cuma satu yang tak berapa menggembirakan hati saya ialah lokasi tempat ini yang tak sedap mata memandang...
kebelakangan ni saya agak cerewet dalam memilih tempat makan...kalau tak selesa dan kotor pasti saya menolak untuk makan disitu...keseluruhan lokasi gerai-gerai termasuk gerai cendol ni memang not so clean and agak terceruk...macam keadaan kat india pulak....lepas ni mungkin saya akan menolak jika hubby ajak makan cendol ni lagi...walaupun sedap kita harus sensitif sikitlah...kebersihan tu kan dituntut dalam agama...
sambil minum cendol mata saya dok memerhati apek ni buat apam balik...pandailah pulak apek ni...yelah nak hidupkan....macam mana agaknya rasa apam balik apek nikan...mesti sedap...yelah orang tua yang buat.....