Sunday, November 14, 2010

hochiminh street food

lihatlah keadaan kedai yang menjual makanan ini....sanggupkah anda makan ditempat seperti ini sambil mencangkung ditepi jalan seperti lelaki yang berpakaian kemas tersebut....ini adalah pemandangan biasa waktu pagi disekitar pusat bandar hochiminh....tidak pasti samada kedai ini milik wanita tersebut... saya tidak pasti apakah jenis makanan yang dijual oleh lelaki tua ini....tetapi ada pelanggan yang sedang menikmatinya... menjual sayuran di kaki lima jalanan... wanita ini menjual udang segar... menjual berbagai jenis buah diatas basikal ditepi jalan... lelaki diseberang jalan sana sedang membakar sate... peniaga wanita diatas ini menjual berbagai jenis ubi rebus, kacang rebus, tapai ubi dan pisang wanita ini pula menjual roti yang diisi dengan berbagai jenis salad dan daging seperti sandwich. dia tidak benarkan saya ambil gambar...tapi biasalah, saya degil dan tidak peduli...bukannya orang kenal siapa dia...photo dibawah ini pula, seorang lelaki menjual sotong bakar.... Salam semua,

empat hari meninggalkan rumah dan anak-anak....malam tadi saya sampai rumah jam 12 tengah malam....letihnya tak terkira....banyak berjalan....overall Vietnam tidak banyak produk pelancungan selain kesan-kesan tinggalan perang seperti Cu Chi Tunnel dan museum perang....

shopping adalah syurga bagi mereka yang suka membeli-belah....harganya murah berbanding Malaysia kerana kos pengeluarannya murah....memang seronok membeli-belah...terutama dipasar-pasar yang menjual barangan secara pukal atau borong...

tempat makan dan penginapan ....memang tiada masalah di ho chi minh city....banyak restoran islam disekitar bandar dan begitu juga dengan hotel-hotel murah yang berkualiti...

walau bagaimanapun pagi-pagi memang susah nak cari kedai makan untuk bersarapan.
biasanya kita di Malaysia lepas subuh kedai makan dah mula beroperasi, tetapi di ho chi minh kedai makan hanya dibuka selepas jam 8 atau 9 pagi....mujurlah hotel menyediakan sarapan ala kadar...

ketika berjalan-jalan untuk mencari sarapan pagi, i.e. sekitar jam 7 pagi, saya lihat banyak penjaja makanan dan sayuran di kaki lima kedai-kedai berhampiran hotel tempat saya menginap. inilah sarapan pagi bagi mereka yang akan ke tempat kerja....mereka akan duduk mencangkung atau bersidai ditepi-tepi jalan sambil menghirup sup, roti, nasi dan sebagainya....

selain makanan ada juga yang menjual sayur, buah-buahan, seafood dan sebagainya...saya sempat mengambil beberapa photo peniaga jalanan ini...kebanyakkan mereka tak berapa suka gambar mereka di ambil oleh tourist...

1 comment:

  1. salam ida..wah bestnye dpt melancung ke vietnam...mmg pernah dgr barangan disana murah2..kira syurga membeli belah gak lah kan...byk borong ke?..hehehe

    ReplyDelete