Monday, November 15, 2010

hochiminh foodalicious

salam, sebelum kkida tutup cerita makan-makan kat Vietnam dan mula cerita tentang kisah hidangan raya haji pula...kkida nak kongsi sikit lagi juadah yang sempat kkida jamah ketika di HCMC...
roti naan dan nasi serta kuah dhal dan curry ikan....lunch pada hari kedua disebuah restoran india yang menghidangkan makanan halal....
my favourite...fried shrimp roll...Restoran d'Nyonya...milik rakyat malaysia... dessert mangga dengan ais yang dikisar dan kemudian di tuang susu dan sirap atasnya....dan bawah ni air jus kedondong....memang sedap and refreshing....kat Malaysia buah kedondong macam tak laku aje kan...!
minuman kat bawah ni memang special....madu campur limau nipis dan air teh o....kami minum ni selepas mengelilingi sebuah perkampungan dengan kereta kuda...kemudian kami diturunkan di sebuah tempat persinggahan dalam kawasan kampung....selain teh o madu, kami juga dihidang dengan local delight seperti buah nenas yang manis, buah naga, betik, longan, kacang, tembikai, coconut flake, etc... tuangkan madu kedalam gelas... kemudian perahkan limau nipis kedalam gelas yang sama... akhir sekali tuangkan teh o panas kedalam gelas dan kacau rata... madu asli... buah-buahan tempatan yang memang manis... . kopi vietnam memang kaw sangat...kkida beli beberapa bungkus...harganya...mahallah sikit kerana mereka buat sendiri kopi tersebut...tapi rasa memang best....oklah sekali-sekala tukar selera...hehe....

4 comments:

  1. Selamat menyambut Aidiladha buat kak ida sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. terima kasih umi....selamat menyambut aidil adha juga buat umi sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. salam kak ida..restoran shamsudin tu di ho chi minh city ke??

    ReplyDelete
  4. salam deco,
    ya restoran ni kat HCM city....tapi akak tak ingat pulak alamatnya kat mana...sorry...cuba google mungkin ada alamatnya...

    ReplyDelete