Friday, November 19, 2010

Halal@Saigon

Halal@Saigon, sebuah restoran halal yang sangat popular di Ho Chi Minh city....terletak berhadapan dengan Masjid Pusat (Central Mosque)...dan berhampiran hotel Sheraton...empunya restoran ini adalah seorang pakar pemakanan dari Malaysia....

kkida dan hubby menjamu selera dua kali direstoran ini....makanannya sederhana dan ada pengaruh Malaysia dan juga Vietnam....lokasinya juga sangat baik....dikelilingi dengan hotel dari yang biasa-biasa kepada yang bertaraf 5 bintang.....nak shopping juga tak susah....dari peniaga jalanan hingga ke shoppin mall yang menjual barangan branded, semua ada....pendek kata tak susahlah nak makan dan shopping....sediakan aje fulus banyak-banyak...hehe...

HO CHI MINH CITY, 21 Jun (Bernama) -- Minat serta hasrat yang begitu mendalam seorang pakar pemakanan untuk membuka restoran Malaysia di Vietnam, akhirnya meraih kejayaan yang tidak pernah diduganya.

Ini kerana belum sampai empat bulan restoran berkenaan dibuka, restoran milik Dr M.Shimi Sumathi ini memenangi satu anugerah berprestij di negara ini.

Restoran tiga tingkat diberi nama Halal@Saigon itu, yang terletak berhadapan dengan Masjid Pusat (Central Mosque) dan Sheraton Hotel, dipilih sebagai Restoran Baru Terbaik dalam 'The Guide Awards 2009' anjuran Vietnam Economic Times, yang memberi pengiktirafan terhadap usahawan yang mencapai kejayaan cemerlang dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

"Ini merupakan pengiktirafan terhadap perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan yang kami sediakan. Saya tak pernah bermimpi akan memenangi anugerah ini dalam tempoh yang begini singkat," kata Dr Shimi, yang telah menetap di Vietnam lebih 10 tahun lepas, yang pada mulanya menjalankan perniagaan farmaseutikal.

Dilahirkan di Taiping, Perak, pengarah urusan syarikat Prime Suppliers ini berkata walaupun terdapat beberapa kedai makanan halal di bandar raya ini, yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Saigon, tidak banyak yang menyajikan beraneka jenis masakan Malaysia, India, Barat dan Vietnam secara serentak.
 
(Bernama.com-Nov 17, 2010) 

makanan (foto atas) ini memang unik, simple dan sedap....salad yang di makan dengan filling iaitu telur dadar yang di masak dengan udang, taugeh dan herba...letak telur dadar mixture atas salad, gulung dan celupkan ke dalam sos sebelun di makan....untuk orang diet ok jugakan...
yang ni kkida tak pasti hidangan apa...nampak seperti tahu dan cendawan hitam...makan dengan nasi putih...
mihun goreng ni ala-ala mihun goreng stail kita....sedap.... 
yang ini pula adalah soup noodle....terdapat taugeh, limau dan daun salam dalam plate yang berasingan....begitulah cara mereka hidangkan makanan....jika suka boleh tambah bahan side dish tersebut, jika tak suka, ketepikan..... 
ini pula adalah makanan tradisional dan mesti dicuba jika ke ho chi minh....vietnam rice paper roll...dalamnya tu terdapat udang, salad dan beberapa bahan lain...celup dalam sos dan makan....saya suka yang ni....
hmmm...tak taulah soup apa ni....biasa aje...

kesimpulannya tak susah nak makan kat HCM....jika ada peluang silalah ke sana....satu hari nanti kkida nak gi sekali lagi jika ada rezki...

No comments:

Post a Comment