









foto-foto ni saya 'curi-curi' ambil dengan menggunakan handphone ketika menjengah ke pusat beli belah tersohor di tengah kota London, HARRODS...July lalu....Harrods memang terkenal dan tidak lengkap rasanya kunjungan anda ke kota London jika tidak menjejakkan kaki ke situ....
Harrods terkenal dikalangan kaki shopping untuk membeli-belah barangan berjenama dan juga barangan Harrods....bagi saya pula kemestian menjejakkan kaki ke Harrods jika ke London kerana nak menjengah ke bahagian Food Mallnya....memang seronok tatkala berada di ruang legar food mall tersebut....dengan hiasan dalamannya yang mewah, pilihan makanan yang banyak, di susun dengan rapi dan menarik....memang rambang mata dibuatnya... hingga pelanggan pun tak tahu mana satu nak dipilih, sedap-sedap belaka....
tapi jangan salah faham pula ya....saya tak beli apa-apa pun, cuma suka tengok je...tak dijamin halal makanan di Harrods walau pun ownernya orang Arab....





Salam ... sedapnyer kak. Kecur air liur saya pagi pagi ni :) Selamat Berhari Minggu ya kak ;D
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
ReplyDeleteselamat beristirehat dihujung minggu untuk anda juga serta semua pengunjung blog ini...:)
waaahhhh, cantiknya ye kak ida..bestnye akak dpt g tgk....kat sini lom ade konsep camtu, kalau ade sure mahaiiii, hehhhe
ReplyDeleteseronok Jun kalau ada kat KL ni, memang kat situ jelah akak melepak nanti...hehe...
ReplyDeleteour standard of living tak sampai lagi tahap mat saleh ni...tahap kita masih lagi setakat kopitiam dan restoran mamak je...