Saturday, September 19, 2020

Cinnamon Roll

Lama sudah saya berangan-angan nak buat cinnamon roll ala-ala cinnabon dan hari ini dengan penuh semangat saya mencari semua bahan-bahan....Cinnabon adalah sejenis bun/roti yang texturenya lembut dan gebu berintikan gula merah atau coklat dan digulung dan dibakar...kemudian ditambah topping berupa cream cheese atau lemon frosting...


Cantikkan texture cinnamon roll yang saya buat ini...:)

 

Saya terus mencari resepi cinnabon yang mungkin jika tidak seratus peratus seperti cinnabon yang asli pun, sekurang-kurangnya ia mempunyai texture roti yang lembut ala-ala cinnabon dan sesedap cinnabon.....

Akhirnya saya terjumpa resepi ini dan terus mencuba dan saya sangat-sangat happy dengan hasilnya dan saya pasti lepas ni anda juga tak nak dah beli cinnamon roll atau cinnabon kat luar kerana hasil dan rasanya tak jauh berbeza....jom tengok resipinya...

bahan-bahan;

1 cawan susu suam

2 biji telur

1/3 cawan marjerin, cairkan

4 1/2 cawan bread flour dicampur 1 sdt garam

1/2 cawan gula putih

2 1/2 sudu kecil ragi (yeast)

cara;

anda boleh menggunakan bread machine jika ada...masukkan bahan mengikut peraturan dan jenis mesen anda.

saya menggunakan cake mixer dan hook menguli roti. masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk mixer, masuk gula dan garam pada bahagian tepi tepung. lubangkan tengah tepung. letakkan yeast ke dalam lubang tersebut. pecahkan telur.....sebiji-sebiji ke dalam tepung. tuangkan susu suam ke atas yeast dan jalankan mesen anda perlahan-lahan....apabila tepung telah menjadi seketul doh, keluarkan dari mangkuk dan uli sebentar...

letak semula doh ke dalam mangkuk dan dengan tuala dapur tutup hingga doh kembang
(dalam 30 minit. tumbuk tengah doh sekali dan uli lagi, 2,3 minit)

letak doh atas permukaan bersih yang luas, taburkan tepung keatas permukaan tersebut supaya doh tidak melekat. dengan menggunakan rolling pin gelek doh selebar dan sepanjang yang boleh (jangan koyak). saiznya hendaklah bentuk segiempat bujur...
 

taburkan inti sehingga rata dan memenuhi permukaan doh tersebut. mula menggulung doh seperti kita menggulung tikar, iaitu dibahagian doh yang panjang...

 

inti:

1 cawan gula perang lembut

2 1/2 sudu besar serbuk kayu manis

1/3 cawan butter

cara; campurkan semua bahan, ketepikan...

 
potong doh lebar seinchi dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. tutup dengan tuala dapur hingga kembang (sekitar 20 minit) dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

Cream cheese frosting

1 packet cream cheese

1/4 cawan mentega

1 1/2 cawan gula icing

1/2 sdt vanila

1/2 sdt garam

pukul cream cheese dan mentega hingga kembang, masukkan vanilla dan garam, masukkan gula ising sedikit-sedikit hingga semuanya habis...ketepikan...

 

keluarkan cinnabon dari oven dan sapukan icing ke atasnya....sedap dimakan panas...

sedikit pertukaran dan tambahan yang saya buat pada resepi asal tadi ialah....saya menggunakan superfine flour dan bukan bread flour (tiada bread flour tadi)....kedua saya tambahkan walnut pada cream cheese frosting tadi....caranya, cincang walnut kecil dan masukkan ke dalam oven selama 3 minit (180C). campurkan cincangan walnut ke dalam cream cheese frosting dan sapukan ke atas cinnabon yang masih panas...

 
(repost from 2010)

10 comments:

  1. Errrmm..memang menyelerakan..Sue copy resepi ya...Masuk list lagi..heeee

    ReplyDelete
  2. selera nya....thks for sharing the recipe.InsyaAllah nak buat ah........:D

    ReplyDelete
  3. saya sangat suka, mmg sedang mencari2 resepinya...esok buat!
    thank you!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. nampak menyelerakan..insyaallah akan buat jugak, dah tak sabar nak tunggu esok nak beli bahan...t.ksh share resepi....

    ReplyDelete
  5. semua mesti cuba ya...memang sedap dan berbaloi sangat...:)

    ReplyDelete
  6. Thanks kongsi resepi..saya nak cuba juga...

    ReplyDelete
  7. emm..nampak sungguh menyelerakan n cinnamon roll mmg my fav...tk for sharing d recipe...mesti nk cuba buat dlm sehari dua ni..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. saya sudah cuba mengikut peraturan tapi gagal. mengikut dalam bahan ada marjerin (dicairkan) tetapi dalam cara membuat tidak tulis bila marjerin dimasukkan. sila lihat rujukan dan semak jika khuatir ramai lagi yang akan musykil.

    ReplyDelete