Tuesday, July 13, 2010

kari ayam Sita...London

Ketika di London saya menginap di homestay kepunyaan Rosita Noor di Willesden Green, London. Sita telah bermastautin di kota London selama 14 tahun dan mempunyai keluarga yang besar. Saya amat senang dengan layanan beliau dan homestay Sita juga amat selesa. Selain itu Sita juga pandai masak kerana beliau pernah bekerja sebagai chef di sebuah restoran ketika mula-mula berhijrah ke London pada tahun 1996.
Pasti jika ke London lagi saya akan menginap di homestay Sita dan saya juga sarankan kepada anda yang tak tahu dimana nak menginap jika ke London, tinggal di homestay Sita....harganya amat berpatutan dan dijamin selesa....
Sita Noor yang pandai masak dan very ambitious....sangat kagum dengan kegigihan Sita....
Kari ayam Sita....sangat sedap....dan Sita tidak lokek untuk berkongsi resepi cara beliau buat kari ayamnya yang uuummp ini....

bahan-bahan:
ayam, cuci bersih

bahan tumbuk:
bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia....haruslah lumat....

lain bahan:
sedikit jintan manis, putih, cardamoms, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan daun kari.
rempah daging, banyak sehingga 6 sudu besar

cara membuatnya:
tumis bahan tumbuk dan rempah kering hingga wangi dan kekuningan, masukkan serbuk rempah daging dan kacau sebentar dan masukkan ayam dan kacau lagi sehingga semua rempah gaul sebati dengan ayam dan ayam separuh masak. masukkan sedikit sahaja santan dan sedikit air dan rebus sebentar, kemudian masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk. tambahkan garam dan perisa/gula secukup rasa...(harap betul resepi ni ya Sita)

note: Sita menulis email kepada saya....katanya, ketika kuah kari sedang mendidih masukkan 2 sudu (tambahan) besar serbuk kari daging untuk memekatkan lagi kuah kari dan menaikkan bau gulai tersebut.

nasi lemak Sita yang sedap sangat....
kari ayam dan roti canai instant (local made).....sedap juga roti canai ini walaupun instant.....

1 comment: