Friday, July 23, 2010

food....jakarta to bandung...

Saya mula-mula menjejakkan kaki ke Indonesia ialah pada tahun 1997, iaitu ke Bali untuk bercuti bersama keluarga. Pada tahun 2000 saya ke Medan bersendirian untuk mencari pembantu rumah. Sebelum itu saya mengambil pembantu rumah melalui ajen. Tetapi disebabkan banyak masalah dengan ajen saya bertindak berani dengan meredah Kota Medan walaupun tiada kenalan.

Saya berjaya mendapat beberapa contact (ajen) di Medan dan selepas itu ramai kawan-kawan yang minta tolong saya carikan pembantu rumah untuk mereka. Lama kelamaan saya rasa seronok pula dengan business ini dan terus memohon dengan imigresen untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan saya membawa masuk pembantu rumah secara legal. Saya menjelajah hingga ke Pulau Jawa untuk mendapatkan bekalan pembantu rumah. Walau bagaimanapun saya tidak dapat bertahan lama dalam business ni kerana berbagai masalah timbul disebabkan kerenah pembantu rumah (banyak yang lari), majikan (cerewet) dan ajen dari Indonesia yang suka menipu.

Walau bagaimanapun, saya tetap suka ke sana kerana banyak tarikan dan salah satu daripadanya ialah makanan mereka. Walau pun tidak lagi menjadi ajen pembantu rumah, saya kerap ke Indonesia samada bersama keluarga atau kawan-kawan untuk bercuti dan shopping dan makan. Indonesia mempunyai pelbagai suku kaum dan ini mewarnai corak kebudayaan dan makanan mereka. Gemblong dan tahu goreng banyak di jual di Puncak. Kueh gemblong rasanya manis dan sedikit liat. Ia dibuat dari tepung pulut dan disira dengan gula. Memang sedap Kuih muih di Tanah Abang, Jakarta, terdapat kuih apam, kuih sagu, jenis-jenis kuih yang digoreng, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi. Gulai otak lembu, my favourite foto atas: masakan padang, gulai otak lembu, rendang sapi dan sup buntut.

antara juadah yang paling saya suka ialah Nasi Padang, dan Bakso. Makanan ini berasal dari Padang, Sumatera. Tetapi anda boleh dapati makanan ini dijual hingga ke Bali, dan sekarang di Malaysia juga terdapat Restoran nasi padang yang sedap.
Buah avocado memang berlambak-lambak di jual dan dijadikan jus, jus apokat. Mmm.... sedapnya. Di Indonesia anda masih dapat lihat penjaja yang menjual makanan dengan mengendung jualan mereka diatas bahu seperti ini. Di Malaysia senario sebegini mungkin dapat kita lihat tiga puluh tahun dahulu. Keadaan ekonomi telah merubah gaya dan taraf kehidupan. Sosro, teh botol ini adalah yang paling popular dikalangan penduduk tempatan dan anda boleh dapati minuman ini dijual diseluruh Indonesia.

No comments:

Post a Comment