Wednesday, June 9, 2010

Wong Solo...Bali

Wong Solo seolah seperti KFC versi Indonesia....ia seratus peratus halal (hallalan tayyiban)....saya lunch disini hari terakhir di Bali. terdapat pelbagai hidangan seperti ayam bakar, itik, daging, mee, bakso, stik, nasi goreng dan macam-macam lagi....wbp, kami hanya order hidangan ini kerana ia adalah specialty tempat ini dan sebagai hidangan istimewa masakan Indonesia....

Makanan kebanyakkan orang Indonesia sangat simple....kering tanpa berkuah...hanya nasi, lauk, sambal dan salad/sayuran/ulam.....jika anda suka makanan berkuah, anda harus ke rumah makan Padang atau Minang (juga banyak di Bali)...selain nasi terdapat juga hidangan bersoup seperti bakso, soto, sup buntut dan sebagainya.

Wang Solo adalah satu jenama yang sangat terkenal di seluruh Indonesia. terdapat cawangan bermula dari Medan, Sumatera hingga sejauh Bali. Tak pasti di kepulauan Sulawesi, Borneo ada atau tidak outlet ini.

Walaubagaimama pun anda harus berhati-hati, kerana masyarakat ini sukakan makanan yang ....huish! berapi mulut dan telinga dibuatnya....sambalnya pedas, sangat pedas...'pedas dan enak'...saya suka...
lalu tak makan macam ni....hehe....nasi, sayur mentah, tempe goeng dan itik bakar....
sambal yang pedas berdesing dengan kacang goreng, kangkong rebus....sedap banget...dan bawah ni daging bakar...

3 comments:

  1. wong solo pun ada disini...kg.baru

    ReplyDelete
  2. oh! ye ke awen, alamatnya kat mana? mungkin boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  3. shah alam pon ade...section 7 belakang Jakel

    ReplyDelete