Sunday, September 27, 2020

Kueteow Ladna atau Ginger Kueteow atau Kueteow Daging


Resepi ini mudah dan sedap, cara lain untuk makan kuehteow...

Bahan-bahan 

1 bungkus kueteow           4 mangkuk sup ayam 

300g daging lembu, batang pinang (dipotong nipis dan lebar-lebar) 

Segenggam sawi, potong panjang 

1 cawan halia dihiris nipis dan lebar-lebar 

Kicap manis dan Kicap masin

Serbuk lada putih            2 biji telur 

Garam secukup rasa              1 kiub perisa ayam 

Sedikit bancuhan tepung ubi dan air 


  Cara Membuat 

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sebentar kueh teow dengan kicap masin dan manis.

 Kuantiti kicap terpulang pada selera anda. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk lebar dan dalam. 

Dalam kuali yang sama tambahkan sedikit lagi minyak dan goreng daging dengan halia sehingga daging garing dan masak.  Angkat dan letakkan daging atas kueh teow tadi. 

Sekarang buatkan kuahnya. Maukkan sedikit sup ayam ke dalam kuali yang sama. Biar mendidih. 

Masukkan sawi, kiub perisa, lada sulah garam secukup rasa. Pekatkan dengan bancuhan tepung ubi. 

Akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. 

Biarkan sebentar. Tuang kuah keatas kueh teow tadi dan hidangkan panas-panas. 

Jika anda suka pedas, potong cili padi atau cili hijau besar, rendamkan dalam cuka dan sedikit kicap...

Selamat mencuba...
(repost from 2010)

3 comments: