Saturday, September 19, 2020

Rendang Kerang Opah


Salah satu resepi kegemaran mak saya iaitu Rendang Kerang....boleh dikatakan setiap kali menjelang raya, mak akan beli berkilo-kilo kerang, rebus dan kopek isinya....memang renyah membuatnya...tapi berbaloi dan menjadi kegemaran ramai :)

Bahan-bahan

2 kg kerang direbus dan dikupas

Bahan-bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar          5 ulas bawang putih

2 inci lengkuas           2 inci halia

2 inci kunyit hidup          1 batang serai

15-20 tangkai cili padi

Lain-lain bahan

1 sudu besar rempah kari        1 keping asam keping

2 sudu besar kerisik            1 sudu gula

1 1/2 cawan pati santan

garam dan bahan perisa secukupnya

daun kunyit dihiris halus

Cara buatnya

Masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, rempah kari ke dalam kuali.

Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.

Biar sehingga rendang agak kering, masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa...

Kemudian masukkan daun kunyit...kacau sehingga rendang kering 

(terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).

(repost from 2010)

2 comments:

  1. gambar rendang kerang tu memang menceritakan betapa sedapnya rendang tu..Kak Ida, nakkkkkkkkkkkkkkkkkk sikit :)

    ReplyDelete
  2. sedap ni ixora...our favourite....tapi mak kkida ni memang rajin mengopek kulit kerang berkilo2 kerana nak jamu anak cucu...:) luv my mum...huhu...

    ReplyDelete