Tuesday, October 13, 2020

Dhal Ayam


Dhal sedap dimakan dengan roti canai, saya suka kuah dhal yang pekat, sedap...cara masak dhal lebih kurang seperti kari, cuma ditambah kacang dhal yang direbus dahulu..

Ini cara saya masak kari dhal

Bahan-bahan

1 cawan kacang dhal, basuh dan rendam

1/2 ekor ayam atau daging, potong kecil

2cm halia, ketuk

2/3 sudu besar serbuk kari ayam/daging

1 sdk serbuk kunyit 


Bahan tumis

Kayu Manis, bunga lawang dan cengkih secukupnya

Bawang merah 6 ulas, bawang putih 3 ulas, hiris

daun kari


Lain2 bahan terpulang

Kentang, carrot, kacang panjang, terung, nangka muda, pisang muda, tomato dll

Santan, (asam keping jika perlu)


Cara buat

Rebus kacang dhal dengan rempah kari daging, serbuk kunyit, halia sehingga kacang empuk... 

Masukkan ayam dan kentang/carrot dan rebus lagi (tambah air jika perlu)...

Setelah ayam, kentang empuk masukkan santan, biar mendidih...

Masukkan masukkan kacang panjang, terung dll (jika ada) dan biar lembut

Masukkan tomato...

Tambah perisa/garam/gula

Dalam periok kecil lain

Panaskan 1/2 cawan minyak/ghee

Tumis bahan rempah, bawang dan daun kari hingga keperangan...

Tutup api dan tuangkan bahan tumis ke dalam kuah dhal tadi..buka api perlahan 
dan biar dhal didih sebentar...
(cara ini iaitu tumis kemudian dipanggil tumis darat...saya suka tumis cara ini...)

Hidangkan dengan nasi, roti, dll

Selamat mencuba...


(repost from 2010)

No comments:

Post a Comment