Saturday, April 3, 2010

telur dadar

Ini salah satu cara tokma masak telur dadar...ada banyak cara sebenarnya...dan ini yg paling senang...

khas untuk anak yg baru nak mula belajar masak...:)

3 biji telur


bawang besar atau kecil dihiris nipis atau kasar, tepulang

cili merah, hijau...hiris

salt dan pepper


Panaskan sikit minyak, masukkan bawang dan cili dulu supaya layu, atau nak garing sikit pun boleh...

masukkan telur yang dah dipukul tadi...

masak atas api sederhana, jangan panas sangat...takut tak sempat masak telur dah hangus...

balikkan telur jika suka, jika tak balik pun tak apa...masak atas api kecil...

hidangkan...

Bagaimana pula cara anda dadar telur?

No comments:

Post a Comment