Friday, September 18, 2020

Sambal Nasi Lemak Opah

Sebut saja nak makan apa untuk sarapan, pasti terbayangkan nasi lemak...my mum dan mak mertua mempunyai cara mereka sendiri bagi menyediakan nasi dan sambal nasi lemak...

My mum suka tambahkan sedikit lada hitam manakala mak mertua pula lebih suka letak sedikit jintan dan halba....namun kedua-dua resepi memang sedap...

Tetapi, apa yang membuarkan nasi lemak lebih sedap lagi adalah sambalnya,..sambal adalah pelengkap kepada nasi lemak yang sedap...begitu juga sebaliknya...

Menyediakan sambal nasi lemak ada pelbagai cara dan ini adalah cara Opah (my mum) sediakan sambal nasi lenak...

 
Resepi sambal nasi lemak Opah;

Kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering (rebus dulu) dengan sedikit air...

Panaskan minyak (banyak) dan tumis bahan blender hingga wangi dan biarkan mendidih/renih dengan api perlahan agak lama sehingga pecah minyak dan hilang bau cilinya (dalam satu jam)

 Kemudian masukkan sedikit belacan, ikan bilis tumbuk dan air asam jawa, garam...masak lagi dengan api perlahan...

Masukkan gula merah agar terasa manisnya (sambal yang sedap rasanya manis, masam, masin dan tidak terlalu pedas) dan tambahkan sedikit perisa ikan bilis...

hidangkan dengan nasi lemak panas....

Selamat mencuba, terima kasih sudi layari blog ini...

(repost from 2010)

No comments:

Post a Comment