Wednesday, April 7, 2010

Pasar Ka'kiyah, Makkah - pasar haiwan

Ketika di Makkah saya sempat membuat lawatan ke Pasar Ka'Kiyah yang terletak diluar Kota Makkah. Pasar Ka'kiyah terbahagi kepada dua bahagian, satu adalah pasar yang menjual haiwan seperti kambing, lembu dan unta serta pusat penyembelihan. Satu lagi ialah pasar yang menjual buah-buahan dan sayuran. Memang luas kawasan pasar ini.

Proses membeli dan tawar menawar haiwan serta proses penyembelihan serta proses melapah dan membersihkan berlaku dalam kawasan pasar haiwan ini. Anda pilih sahaja mana yang berkenan, bayar. Mereka akan menyembelih, bersihkan dan anda hanya perlu bawa pulang dan masak, itu sahaja. Mudahkan.
 

No comments:

Post a Comment