Sunday, April 18, 2010

Pasar Ka'kiyah, Makkah - buah-buahan

Sepanjang berada di Makkah saya puas menikmati pelbagai jenis buah-buahan. Mewah sungguh Kota ini dengan longgokkan buah-buahan yang segar, berkualiti dan sedap.

Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa kepada Allah swt supaya mengurniaka Kota Makkah ini dengan buah-buahan dan Allah swt makbulkan doanya. Jika anda berpeluang ke Kota Makkah, jangan lupa mencuba pelbagai jenis jus buah-buahan segar yang diimport dari merata dunia. Tiada sebatang pun pokok pisang di Makkah tetapi pisangnya amat enak dan manis, begitu juga dengan buah delima yang susah untuk di perolehi di Malaysia, berlambak-lambak dijual di Pasar Ka'Kiyah. Sebiji hanya SR0.50 sahaja. Lemon, pear, orange, grapes, kiwi fruit, apple.......fresh and cheap.

bawah ini adalah foto-foto yang saya ambil ketika lawatan ke pasar Ka'kiyah di luar kota Makkah...memang seronok sungguh ketika berada disini...rambang mata dibuatnya...tak tahu mana yang nak dipilih. jika di Malaysia ada tempat seperti ini pasti kurus saya agaknya...hehe...hari-hari makan buah segar, tak makan nasi pun takpa... foto bawah: buah anggur dan strawberry yang saya beli dari pasar ka'kiyah...

No comments:

Post a Comment