Wednesday, April 14, 2010

nasi a'das...makkah...

kiyai haji ahmad jamhuri...kiri sekali...photo bawah...isteri kiyai yang berasal dari pattani, thailand...
Ketika di Makkah selepas selesai mengerjakan rukun haji kami berkesempatan mengunjungi rumah Kiyai Haji Ahmad Jamhuri, seorang ulama yang berasal dari Indonesia dan telah bermastautin di Makkah hampir 50 tahun. Ustaz Salleh Huddin pernah berguru dan menuntut ilmu agama dengan Tuan Guru Jamhuri. Sehingga kini Ustaz Salleh Huddin pasti tidak lupa untuk mengunjungi Tok Gurunya setiap kali beliau datang ke Makkah untuk urusan haji atau Umrah.

Walaupun serba sederhana, K.H. Ahmad Jamhuri amat meraikan tetamunya (yang tidak pernah putus-putus). Ketika kami dirumahnya, kami dijamu dengan hidangan istimewa iaitu Nasi A'das.....nasi a'das dipetik dari surah Al-Baqarah ayat 61/62. Saya tidak pasti apakah kaitan nasi a'das dengan ayat dalam surah tersebut......nasi ini dimasak dengan kacang dhal dan agak lembek sedikit (menggunakan air yang lebih dari biasa). Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan berbagai jenis lauk dan sambal sebelum kami dijamu dengan hidangan nasi a'das, kami di jamu dengan hidangan ringan iaitu roti disapu dengan cream cheese, marjerin/butter dan gula. Satu kelainan dan memang sedap... air asam ini sangatlah sedap, rasanya masam-masam manis, sedikit pedas. Segan pula saya nak bertanya resepinya daripada isteri K.H. Jamhuri. Bahan-bahannya lebih kurang seperti kita membuat airasam....asam jawa (banyak dibuang biji), bawang besar (dicincang kecil-kecil), cili (jika suka pedas, dicincang halus), garam dan gula. Satu hari, saya akan mencuba resepi ini....

No comments:

Post a Comment