Tuesday, September 15, 2020

Mi Kuah Udang Kepal

Teringat ketika zaman persekolahan saya suka singgah dan makan mee bandung di sebuah gerai yang terletak dibahagian bawah sebuah Emporium di Kelang...

Saya dapat rasakan pakcik yang masak mi tersebut menggunakan udang kepal/geragau kerana udang tersebut punya rasa dan aroma yang tersendiri. 

Resepi mi ini saya ilhamkan dari mi pakcik yang sedap tu dan rasanya hampir serupa...walau pun tidak seratus peratus...:)


Bahan-bahan kisar

1 labu bawang besar       5 ulas bawang merah       

5 ulas bawang putih           1 cm halia


lain2 bahan

udang besar        1 cawan udang kepal/geragau

ubi keledek cincang       1/2 cawan cili blender

1/2 cawan sos tiram         1 cawan serbuk kacang

mee kuning, celur dengan air panas

sawi, potong        cili merah potong

bawang goreng        telur


Cara membuatnya

Panaskan sedikit minyak dalam periok dan tumis bahan blender dan cili blender sehingga wangi. 

Masukkan udang kepal/geragau dan kacau sebentar. 

Masukkan air 5 liter dan ubi keledek dan biarkan kuah mendidih perlahan selama 15 minit. 

Masukkan udang besar, sos tiram, sos cili, serbuk perisa, serbuk kacang, garam dan gula. 

Biarkan mendidih sehingga udang masak. Tutup api.


Cara menghidang

Panaskan kuali kecil dengan api yang perlahan. 

Sendukkan 2 cawan kuah tadi dan beberapa ekor udang ke dalam kuali tersebut.

Masukkan sedikit sawi potong, tomato belah dan pecahkan sebiji telur.

 Renihkan api dan masak perlahan sehingga telur sedikit keras (biar kuningnya cair).

Letak mi ke dalam mangkuk (untuk satu hidangan) dan tuangkan kuah yang panas keatas mi. 

Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. 

Sedap dimakan ketika masih panas.

Jika suka pedas anda harus tambahkan cili blender.

 Kuantiti kuah adalah untuk 10 hidangan atau mungkin lebih. 

Jika suka anda boleh tambahkan sos cili dan kicap manis.


Selamat mencuba (repost from 2014)

No comments:

Post a Comment