selamat datang dan terima kasih diatas kesudian anda mengunjungi blog 1001resepi.....izinkan saya perkenalkan diri ini terlebih dahulu....nama saya Zuraida...dalam blog ini saya senang bahasakan diri ini sebagai kak ida atau ringkasnya kkida...
kkida adalah seorang surirumah cum domestic manager sepenuh masa...diamanahkan untuk menjaga dan membesarkan 5 orang anak (i.e...eka, hani, awad, man dan mam)...yang bongsu masih dibangku sekolah dan yang sulung telah bekerja...
(me and my darling hubby...location pinnacles, western australia...december 2011)
kerjaya harian seorang surirumah biasalah....menguruskan segala hal bersangkutan keluarga dan yang pastinya masak-memasak...:)
sebenarnya kkida ni bukanlah pandai sangat masak, tetapi dek kerana kkida mesti menyediakan juadah untuk keluarga setiap hari maka kkida tiada pilihan lain kecuali "MASAKLAH"....kkida cuba sediakan hidangan terbaik untuk famili setiap hari dan sehingga kini kkida masih lagi terus belajar dan belajar...
pada pendapat kkida masak adalah satu seni...seni kulineri dan juga sains...dan setiap seorang daripada kita punya cara tersendiri dalam penyediaan makanan...terpulang kepada kepakaran dan citarasa setiap individu....dan pada pandangan kkida juga tiada seorang pun individu di dunia ini yang boleh mengaku dirinya adalah seorang tukang masak terbaik...ia terlalu subjektif....terpulang pada penerimaan masyarakat sekeliling...sedap pada mereka mungkin tidak pada kita....
pada pendapat kkida juga....jika terdapat lima elemen ini dalam setiap hidangan yang disediakan, maka hidangan tersebut pasti akan sedap...i.e....rasa masin, manis, masam, pedas dan aromanya yang terbit dari rempah ratus dan herba...
tujuan kkida wujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sikit sebanyak resepi dan hidangan yang kkida sediakan, tak kira samada hidangan harian untuk keluarga atau untuk menjamu tetamu yang hadir sekali sekala....seperti apa yang kkida sebutkan diatas tadi kkida ni bukanlah seorang jurumasak yang hebat...cukuplah sekadar untuk santapan keluarga dan rakan-rakan...:)
(kanak-kanak riang...lokasi giant tree top walk, western australia...december 2011)
pada pendapat kkida juga....jika terdapat lima elemen ini dalam setiap hidangan yang disediakan, maka hidangan tersebut pasti akan sedap...i.e....rasa masin, manis, masam, pedas dan aromanya yang terbit dari rempah ratus dan herba...
(trip to hangzhou, suzhou, shanghai...china...november 2011)
tujuan kkida wujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sikit sebanyak resepi dan hidangan yang kkida sediakan, tak kira samada hidangan harian untuk keluarga atau untuk menjamu tetamu yang hadir sekali sekala....seperti apa yang kkida sebutkan diatas tadi kkida ni bukanlah seorang jurumasak yang hebat...cukuplah sekadar untuk santapan keluarga dan rakan-rakan...:)
terdapat pelbagai resepi yang sedap (dan juga yang tidak sedap...hehe) disini dan hampir kesemuanya adalah hasil air tangan kkida sendiri (....resepinya adalah dari pelbagai sumber...)....kkida juga ada selitkan photo-photo serta entri makanan/juadah ketika kkida dan keluarga/rakan makan-makan di luar...dalam dan luar negara...
selain food and recipes, kkida juga suka untuk berkongsi sikit-sikit cerita dan aktiviti harian kkida....kisah anak-anak, famili, kawan-kawan, travelling, interior dan lain-lain....jemulah pula nanti jika kita asyik cerita hal makan aje, kan!!!
(famili trip to delhi, agra, jaipur...india....december 2010)
InsyaAllah, jika tiada halangan, kkida akan terus berkongsi resepi, tips, petua dan sebagainya dengan anda...dan kkida akan terus menulis di sini selagi termampu dan masa mengizinkan....kkida harap anda tidak akan jemu untuk melayan dan membaca cerita-ceriti kkida ini...semuga ia boleh memberi sedikit sebanyak manafaat yang berguna pada kita bersama...
sila tinggalkan komen anda dan InsyaAllah kkida akan membalasnya...:)
terima kasih...
kkida@1001resepi
terima kasih...
kkida@1001resepi
