Saturday, May 20, 2017

"Jangan pergi ke Iran"

Golestan Palace, Tehran
IRAN?

Kenapa Iran?

Ye Iran...:)
tokma and the gang ke Iran...:)

Huissshhh...macamlah takda tempat lain nak gi awak ni...IRANNN...

Ye Iran...so what???


Jangan pergi ke Iran, OK...

Tapi tunggulah dulu sehingga tokma selesai menceritakan keadaan dan mengupload gambar-gambar sepangjang 12 hari di Iran, baru anda buat keputusan ok, samada nak gi ke tak ke Iran tuh!

Golestan Palace
Secara ringkas, kenapa Iran...
Saya beli tiket ke Tehran tahun lepas lagi, masa tu AA buat promo, harga tiket lebihkurang RM700+ seorang. Rasa cam murah je...maka belilah...masa tu beli utk hubby and me only...bebudak yg 3 orang tu belum beli lagi...

Sebenarnya dalam hati agak ragu-ragu juga. Nak pergi ke idak ke negara tersebut...mula-mula ingat nak transit jer kat Tehran...nak terus ke Bosnia sekali lagi...tapi bila pikir balik, banyaklah pulak halnya...payah nak transit, etc...maka mau tak mau proceed ajelah...tawakkal pada Allah...IRAN kami datang...lol...:)

Tehran Grand Bazaar
Beberapa bulan sebelum pergi beli pulak tiket utk Ajwad dan Atmam...dan Hani pun nak join sekali, maka jadilah kami berlima...:)

Untuk Malaysian, anda tak perlu visa utk melawat Iran kurang dari 14 hari. Lebih dari 14 hari kena visa USD10 tak silap saya(VOA). Tapi Insurance kena beli masa tiba. Ada kaunter jual Insurance sebelum keluar ke Imigresen. Harga Insurance Euro16 (lebih kurang) lupa dah...

Lepas beli insurance terus ke kaunter imigresen (cop pasport), ambik beg dan exit...senang benar prosesnya...


Namun sebelum itu, kenalah buat arrangement transport, hotel etc dari Malaysia, sbb jika naik AA sampai Tehran dah tengah malam, jika tak prepare awal mana nak tidor, jenuhlah pulak....tempat yang asing macam tu kenalah bersedia dari awal, kecualilah orang bujang, boleh je lepak kat airport sementara tunggu siang.

Kat exit ada kaunter jual simcard, boleh beli kat situ, tapi saya tak beli pun sebab tuan rumah homestay dah sediakan. Terus ajer naik kenderaan yang dia sediakan utk ke tempat penginapan. Sampai terus istirehat...

USD vs Riyal
Dan esok pagi barulah sembang dengan tuan rumah dan bertanya itu ini. Dia pun bagus, bagi macam-macam tips. Even tukar duit pun dengan dia. Rate ok. Simcard pun dah ada...

After breakfast, kami dihantar ke Golestan Palace...dan dari situlah pengembaraan kami ke negara yang sangat kontroversi itu bermula...


Golestan Palace ni cantik, luar dan dalam, tapi kkida lebih admire bahagian luar...tile dinding tu cantik. Memang mereka suka kepada lukisan dan bunga-bungaan. Sebab tu kat Iran banyak taman.

Masa sampai tu bunga tengah berkembang, hampir ke penghujung musim bunga, tapi masih cantik.

Alhamdulillah dengan rezki yang Allah swt berikan pada kkida kali ini...dapat jejakkan kaki ke negara ini....InsyaAllah kkida akan sambung lagi kisah my trip ke Iran ini ye....panjang perjalanan dan cerita musafir kkida kali ini...:)


second video about my trip to Iran, yang sempat tokma edit...:)

2 comments:

  1. bestnya tengok Kak Ida sefamily jalan2 ke negara arab.. nanti sambung ya. Nak tahu jugak kenapa jangan pergi, haha. ada2 je Kak ida ni

    ReplyDelete
  2. gimik ajer tu Seri...Iran cantik...yg kat media tu gembar gembur ajer lebih...

    ReplyDelete