Tuesday, October 19, 2010

sarak ikan kembung


This is my mum's old cookbook, dalam tulisan jawi diterbitkan sekitar 50an. Banyak resepi-resepi lama yang mengembalikan nostalgia ketika saya masih kecil. Mak saya rajin masak. Kalau raya mak pasti buat kek dan biskut. Bila saya belek-belek buku ini terdapat banyak resepi yang saya suka waktu zaman kanak-kanak dulu seperti biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, kek butter dan banyak lagi. Terdapat juga resepi rendang, steak, nasi beriani. kebab ikan, nasi bukhari dan salah satunya adalah resepi ini, pembuka selera untuk hidangan makan tengahhari....

Sarak ikan kembung

5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.

Resepi ini memang agak remeh membuatnya, tetapi berbaloi. Memang sedap.......cubalah.

6 comments:

  1. sedapnya kak ida.. mak kami panggil ikan sumbat..

    ReplyDelete
  2. jenuh kak kalau saya nak guna cookbook tu sebab buta jawi....hehehe

    ReplyDelete
  3. klasiknyaaa....memang nostalgia betul ni...

    ReplyDelete
  4. rasanya mak sy pernah buat macam ni cuma kami tak pernah letak nama resepi khusus.. belasah jer.. hehe. mak sy pun suka kerat resepi dlm suratkhabar dan mencuba, lepas tu tak ingat tajuk, heheheh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Kak ida syg
    miss u kak
    sedapnya
    psttttt kalau nak tinjau2 brooch reben, visit ix eikk

    ReplyDelete