Friday, February 27, 2015

nasi daging/ayam dengan rempah arabian mandy


Salam, resepi kkida masak ikut rasa hati, tak ikut mana-mana resepi pun....ia bukanlah nasi mandy yang biasa kita makan tu, hanya guna rempah mandy beli kat Mahnaz...Alhamdulillah rasanya oklah pada kkida...youall kena tambah lain bahan sendiri ok...


bahan yang saya gunakan adalah, 

1 labu bawang besar...cincang
cili hijau potong kecil
halia hiris 
daun salam beberapa helai
kayu manis, bunga lawang
rempah mandy
santan atau susu cair
tomato ceri
minyak sapi


kkida masak dalam periok letrik deepfry...anda boleh masak atas stove atau sebarang periok eletrik...panaskan minyak sapi dan tumis dulu bahan cincang, bila wangi masukkan ayam atau daging...gaul rata, masukkan rempah mandy...kacau dan tutup periok...biar daging atau ayam separuh masak...

masukkan beras basmati yang telah direndam terlebih dahulu...masukkan sedikit susu cair atau santan pekat (ukuran 1:3 dari jumlah liquid) masukkan garam dan perisa...kacau ratan dan tutup periok...biar nasi masak hingga air kering...buka dan kacau nasi...kemudian biarkan ia kering dengan api paling kecil.


taburkan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan lain-lain bahan yang anda suka...hidang panas dengan sambal tumis, sup, dalca dan sebagainya...:)

Sunday, February 8, 2015

Congo Bars


As salam,
terpengaruh dengan foto-foto dari beberapa foodblogger yang memuat naik gambar kueh ni maka kkida pun teringin nak buat juga...ada banyak resepi kat internet...google aje...berderet resepi yang membuatkan anda rambang mata tak tau mana satu nak dicuba...


kkida follow resepi ini...senang aje bahannya...

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam

gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan 2 cawan chocolate chips
gaul sebati...ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

kkida bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul...anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...selamat mencuba...

Thursday, February 5, 2015

Mrs T. Potts ~ Tearoom


Assalamualaikum,
hari ni kkida ada sedikit ceria, jadi kkida ambil keputusan utk update blog...nak sembang-sembang sikit...nak buang masa sikit...hehe... #takdekrojecarikrojer

Since sekarang ni time minum petang, jom kita buat scones, makan dengan jam dan butter...jika tak nak buat scones kita buat cekodok...lagi sedap...kkida pula, ingat nak goreng keledek dengan keladi beli kat tesco tiga hari lalu...:)


jika keluar dari London masuk kawasan kampung-kampung sikit terutama area Cotswold, pasti anda akan jumpa banyak kedai teh seperti ini, orang England suka minum tea dengan hot scones terutama belah petang...sama seperti kitalah, petang-petang suka makan goreng pisang atau cokodok panas dengan teh atau kopi o


kedai tea ni terletak dalam sebuah pekan kecil iaitu Stow-on-the-wold (nama pekan-pekan kecil kat Cotswold ni memang pelik-pelik sikit...:)


the scones and cream so sedap (kat malaysia tak pernah rasa lagi...betul tak tipu)...mungkin sebab ia fresh dan panas, makan lak dengan creamy clotted cream...memang umphhh!!!...(jom try buat...google resepi kat internet)


kedai teh ni pun comel aje...kalaulah ada kat KL, pasti hari-hari kkida gi lepak kat situ sampai jemu...:')


comeeeellll...kkida kan kan...eh! bukan...kedai teh Mrs T ...oleh kerana foto dari hp, maka kualitinya tidak sebaik kamera...seperti yg kkida beritahu sebelum ni my camera yg tak berapa canggih tu pun depa kebas, tak sempat transfer gambar...apa depa nak buat dengan kamera tu ntah, pandai ke guna...:/

maka terimalah apa seadanya...janji kkida dapat share something dengan anda...huhu...:'(


mamat hensem ni (masuk bakul....) malas benar nak bergambar kalau kita suruh...(seminggu dua lagi dia dah nak balik...Alhamdulillah....:)


set teh o dan dua scones plus jam dan cream adalah lima pound (jangan convert...:)


bagi sesiapa yang ada simpam angan-angan nak buka kedai camni kakida sokong 100 peratus...pastu boleh le jemput kkida buat review ok...hik hik

#gelakpaksani  #masihtrauma  #malamtidotaklena  #dahbacasemuaayatdah