Friday, November 28, 2014

sambal kari udang

Salam, jika anda beli udang besar dan tak tau nak masak apa, jom cuba buat sambal udang berkari...sebenarnya cara masak sama seperti masak kari, cuma ia kering tanpa kuah...
bahan yang di perlukan adalah udang besar, serbuk rempah kari udang/ikan, daun kari, halba campur, cili blender, sedikit santan dan lain-lain bahan sampingan...kkida campur tomato ceri, timun jepun, bawang bombay dan cili hijau besar/bellpepper...

bersihkan udang, gunting aje sesungut dan ekornya...panaskan sikit aje butter atau minyak dan goreng udang beberapa minit atau hingga keperangan utk seal flavournya...ketepikan...
tumbuk beberapa biji bawang merah dan putih, panaskan minyak goreng udang tadi dan tumis bawang tumbuk, daun kari, halba campur dan kacau hingga wangi (seperti menumis kari) kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan cili blender (kuantiti terpulang pada selera anda)...kacau hingga wangi dan kemudian masukkan udang...kacau rata...

akhir sekali masukkan sedikit pati santan, garam, asam keping, perisa...tutup periok/kuali dan biarkan ia mendidih beberapa minit atau hingga kering...hidang dengan nasi panas...sedap...:)
nanti anda cuba ye...:)

9 comments:

  1. sedapnnyaa.. saya mmg suka lauk kering mcm ni..
    Jom tengok entry terbaru ttg Bilis Tomyam
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terliuk pulak tenguk lauk tu.. hmmm. takpe nnti try buat mcam di atas

    kulit cerah berseri? rahsia terbongkar

    ReplyDelete
  3. Memang sedap buat kari udang yang kering mcm ni. Kakak saya selalu buat, setakat 2 3 kilo udang tu, padan kami sekeluarga sekali hadap jer.. heheh

    ReplyDelete
  4. boleh cuba ni...Nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Kabar gembira, bagi pengusaha rumah makan ataupun resto yang sedang mencari packaging makanan yang tahan minyak ataupun anti bocor, maka packaging yang satu ini sangat cocok untuk Anda. Cek di sini : http://www.greenpack.co.id/

    ReplyDelete