Sunday, September 28, 2014

pizza doh dengan food processor

Assalam,
dua hari ni kkida rajin menguli doh roti...guna food processor...sebenarnya lama dah kkida beli food processor tu...belum puasa lagi sebab yang lama dah tak boleh guna...tapi tulah nak keluarkan dari kotak pun macam bercinta aje...hehe...

sebenarnya food processor ni banyak gunanya...jika pandai guna memang senang kerja dapur anda...Insyaallah from time to time kkida nak share resepi guna food processor ini...:)

'hidup untuk memberi' seperti kata menantu kkida ariff shah yang memetik kata-kata itu dari blog Denaihati...hehe

boleh pinjam moto tu ye tuan Denaihati...sebenar perkataan itu apply to everyone yang share sesuatu yang berfaedah kepada umum tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan...:)

hari khamis lalu kkida ada buat doh pizza ni ikut resepi dari internet...ingat petang tu nak bakar pizza...tapi tetiba my sis in law call beritahu keadaan mak mertua kkida yang sangat uzur...kami pun rushing ke rumah dia kat Puncak Alam...dan malam tu kkida dan hubby tidor kat sana...

disini kkida ambil kesempatan memohon agar pembaca blog kkida ini sudi sedekahkan bacaan surah Yassin atau sekurangnya al-fatihah dan berdoa agar dipermudahkan perjalanan mertua kkida...dia sangat uzur, tak tahu bagaimana kkida nak describe keadaannya kat sini...kondisinya memang amat tenat...:'/


berbalik kepada doh pizza ni...resepinya mudah aje

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh ragi kering
2 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam
1 cawan air suam kuku
2 sudu teh minyak

masukkan bahan kering dulu dalam food processor, pulse beberapa kali...pastu masukkan air dan minyak dan process hingga jadi seketul doh...

keluar dan letak dalam mangkuk yang telah disapu minyak...tutup dengan kitchen towel dan ketepikan selama sejam...doh tersebut akan kembang dua kali ganda...tumbuk tengah doh dan bolehlah canai pizza atau guna untuk sebarang resepi kegemaran anda...

pagi tadi kkida terajin dan buat sekali lagi doh yang sama...kali ni kkida guna tuna dan mayonnaise sebagai filling...sedap...tapi kkida dapati doh ini lebih sesuai sebagai pizza berbanding bun...
apa-apa pun sedap resepi doh ini...lain kali bolehlah buat lagi...hehe...

p/s: jika tak nak guna food processor boleh aje guna mixer atau uli dengan tangan... selamat mencuba...

6 comments:

  1. nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan segala urusan MIL kkida..Amin. Food processor sy hanya sesuai utk 1 cup tpg je...bile buat lebih nampak macam nak semput...haha...

    ReplyDelete
  3. sedapnya piza tu..perot dah rasa lapar balik tengok piza ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. npk sedap! tq share resepi..

    sng² jom la sggah kt blog saya... :)

    http://cikanozzshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete