Sunday, September 28, 2014

pizza doh dengan food processor

Assalam,
dua hari ni kkida rajin menguli doh roti...guna food processor...sebenarnya lama dah kkida beli food processor tu...belum puasa lagi sebab yang lama dah tak boleh guna...tapi tulah nak keluarkan dari kotak pun macam bercinta aje...hehe...

sebenarnya food processor ni banyak gunanya...jika pandai guna memang senang kerja dapur anda...Insyaallah from time to time kkida nak share resepi guna food processor ini...:)

'hidup untuk memberi' seperti kata menantu kkida ariff shah yang memetik kata-kata itu dari blog Denaihati...hehe

boleh pinjam moto tu ye tuan Denaihati...sebenar perkataan itu apply to everyone yang share sesuatu yang berfaedah kepada umum tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan...:)

hari khamis lalu kkida ada buat doh pizza ni ikut resepi dari internet...ingat petang tu nak bakar pizza...tapi tetiba my sis in law call beritahu keadaan mak mertua kkida yang sangat uzur...kami pun rushing ke rumah dia kat Puncak Alam...dan malam tu kkida dan hubby tidor kat sana...

disini kkida ambil kesempatan memohon agar pembaca blog kkida ini sudi sedekahkan bacaan surah Yassin atau sekurangnya al-fatihah dan berdoa agar dipermudahkan perjalanan mertua kkida...dia sangat uzur, tak tahu bagaimana kkida nak describe keadaannya kat sini...kondisinya memang amat tenat...:'/


berbalik kepada doh pizza ni...resepinya mudah aje

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh ragi kering
2 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam
1 cawan air suam kuku
2 sudu teh minyak

masukkan bahan kering dulu dalam food processor, pulse beberapa kali...pastu masukkan air dan minyak dan process hingga jadi seketul doh...

keluar dan letak dalam mangkuk yang telah disapu minyak...tutup dengan kitchen towel dan ketepikan selama sejam...doh tersebut akan kembang dua kali ganda...tumbuk tengah doh dan bolehlah canai pizza atau guna untuk sebarang resepi kegemaran anda...

pagi tadi kkida terajin dan buat sekali lagi doh yang sama...kali ni kkida guna tuna dan mayonnaise sebagai filling...sedap...tapi kkida dapati doh ini lebih sesuai sebagai pizza berbanding bun...
apa-apa pun sedap resepi doh ini...lain kali bolehlah buat lagi...hehe...

p/s: jika tak nak guna food processor boleh aje guna mixer atau uli dengan tangan... selamat mencuba...

Thursday, September 25, 2014

soft roll ~ resepi simple

jika tiada idea nak makan roti ni, buat aje cam kkida ni...sesuai utk sarapan anak-anak ke sekolah...mudah dan cepat...

bahannya
roti bun lembut atau softroll bun
chicken atau beef sandwich slice
cheese slice
herbs

boleh juga nak tambah bahan lain...terpulang pada selera anda...

simple steps...
sebelum tu panaskan oven dulu...masukkan roti dan grill beberapa minit hingga cheese keperangan...
dah jadi...kena hidang masa panas ye...atas tu kkida tabur mix herbs...

Wednesday, September 10, 2014

kulit karipap terbaik...

Assalam,
Alhamdulillah semalam kkida cuba buat resepi kulit karipap Suraya, kenalan ig...so far kkida rasa inilah kulit karipap terbaik yang pernah kkida buat (dah banyak resepi kulit karipap yang dicuba,,,hehe...)

kkida dapat greenlight dari empunya resepi, to share the recipe kat blog ni (Su juga ada ambil tempahan karipap) anda boleh je jengah ig beliau jika nak order kak_suebalqis04
ini dia resepi Su, senang aje...

bahannye
1 kg tepung gandum (saya guna tepung faiza)
2 senduk minyak masak (saya guna canola oil)
1 senduk majerin
air garam secukupnya

caranya:
panaskan minyak dan magerine hingga mendidih, sejukkan hingga boleh celup jari dalam minyak tu...tuang ke tepung dan gaul rata...tuang air garam (room temp) sedikit-sedikit ke dalam tepung dan uli hingga jadi seketul doh yang lembut...

saya biarkan doh tersebut rehat 30 minit (tutup dengan kitchen towel), pastu boleh le dicanai, terap, isi intinye...

satu senduk = lebih kurang setengah cawan lebih sikitttt...
jangan biarkan doh terdedah pada udara, saya balut doh dengan plastik (kitchen roll) dan cubit sikit-sikit untuk canai dan terap...
goreng karipap juga kena ada skil, minyak tak boleh panas sangat...sederhana...jika tak karipap anda akan tumbuh jerawat cam karipap kkida ni...lol...
takpa janji sedap dan jualan laris di pasaran (sudah semestinya)...dengan sekilo tepung memang banyaklah karipap yang dapat dihasilkan,,,jangan risau...karipap tersebut boleh disejuk bekukan...

cara kkida bekukan karipap, susun karipap yang dah siap kelim atas dulang, masukkan ke dalam freezer sebentar, dalam 20 minit lebihkurang...biar karipap keras (ia cepat keras sebab kandungan minyak dan magerine)...lepas 20 minit keluarkan dari freezer dan susun dalam freezer/plastic container...pastikan anda lapis plastik each layer, jika tak nanti karipap akan melekat dan payah bila nak goreng...defrost dulu sebelum goreng.

selamat mencuba, thanks Sue for the recipe...:)

ok, kkida nak share rempah segera ni lagi...hari tu kkida share rempah kari ikan (seafood), semalam pengedar rempah ni Rozi datang ke rumah hantar rempah gulai ayam dan daging pula, suruh kkida cuba...Insyaallah, petang nanti nak try masak kari ayam guna rempah ni pula....kkida pasti mesti sedap rasanya...sesedap rempah kari ikan...

anda juga kena cuba, rempah ni diproses dari bahan segar, tidak seperti rempah serbuk yang kita makan hari-hari tu...rempah Naim cukup asam, garam dan perisanya...hanya tambah air dan santan aje (kkida tambah daun kari dan halba campuran masa menumis)..lain-lain bahan seperti biasa, bendi, tomato, terung, cili, bawang besar hiris dsbnya...ikut selera masing-msing...

jika ada yang teringin nak rasa boleh aje hubungi Roziah 019 2232630 (area USJ/Subang Jaya)