Monday, August 11, 2014

blueberry cheese cake

everyday cake...saya pasti anda pernah buat kek ini kan....classic flourless cheese cake with blueberry topping...kakida pernah share resepi kek ni pada entri lalu...:)

wbp, takpalah, biarlah kkida share sekali lagi kerana kali ni caranya lain sikit iaitu putih dan kuning telur diasingkan dan putih telur dipukul hingga kembang sebelum dicampur ke dalam adunan cheese...

cheese kek ni kkida buat sabtu lalu untuk makan anak beranak sempena befday mr hubby...cheese kek ori seperti ni memang semuapun suka lagipun senang aje nak buatnye...

bahan-bahan sama seperti yang kkida share sebelum ni...

3 biji telur, asingkan putih/kuning
1 cawan gula caster
3 ketul cream cheese 250g each
sour cream 1 cawan
esen vanilla

untuk lapisan crustnye...
digestive biscuit dalam 10 -15 keping, kisar atau tumbuk halus
butter 1/2 cawan...melt

caranya
1) campurkan biskut digestive dan butter, gaul rata, tekan dalam kek pan dan masukkan dalam fridge...

2) pukul cream cheese dengan gula hingga creamy dalam 5 minit ke 7 minit gitu...cheese mesti pada suhu bilik.

3) masukkan kuning telur ke dalam adunan cheese, gaul sebati, kemudian masukkan 1 sudu kecil esen vanilla dan sour cream, gaul sebati...

4) pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan dan gaul rata...

5) tuang adunan cheese ke dalam kek pan dan bakar dalam oven selama satu jam pada suku 180C...preheat oven terlebih dahulu...

6) keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya kek tersebut sebelum simpan dalam fridge...sebelum makan top with blueberry pie filling...sedia dihidang...yummy...
kkida always prefer to share more photos pada setiap entri...coz photo can describe 1001 words...berbanding celoteh banyak2, betul tak :) 
tak pandai nak buat kek yang cantik deconye...so jadilah kek camni...kek yang sedap lebih cepat laku (habis) berbanding kek yang cantik (kat rumah kkida la)...

happy bitrthday to my dear hubby...muga panjang umur, sihat tubuh badan dan boleh terus mencari rezki for us dan anak-anak...luv you...:)

6 comments:

  1. Wow! Nmpk sedap...!!
    Bnyk pakai ciz rupanya ye Kkida...sure lazat nih!

    ReplyDelete
  2. saya terus salin resepi ni... 750 gm cheese??? No problemmmm.. hehehehe

    happy birthday buat husband Kak Ida, semoga panjang umur & diberi kesihatan yg baik serta sentiasa dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir untuk abg.... Salam lebaran kak ida sekeluarga...ampon maaf dari saya jika ada terkasar bahasa atau tersilap komen dan sebagainya. Maaf zahir batin yea kak....

    ReplyDelete
  4. One of the best thing in life is having a stable loving family...a responsible darling hubby....a thick wallet is an extra bonus...muahahaha...happiest 55th pakngah

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kek itu..

    Happy birthday buat suami kak ida. Semoga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa berada dlm rahmat Ilahi :D

    ReplyDelete