Thursday, July 17, 2014

durian crepe...

lamanya pendam rasa nak buat durian crepe yang merupakan satu fenomena satu ketika dulu....masa tu kkida taklah teringin sangat nak buat...teringin nak makan beli aje...tapi since dah ada dusun doyan sendiri ni dan dah tak lalu dah nak makan durian mantah kkida pun search kat internet resepi crepe, nak cuba buat...

ada beberapa resepi namun semuanya tak jauh berbeza...kkida pun cuba buat semalam....Alhamdulillah,
bolehlah....cuma nak kena nipiskan lagi crepe tu, mungkin kena cairkan sikit lagi bancuhan adunannye...

bahan A
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar gula putih
secubit garam
~ gaul rata bahan di atas

bahan B
1 biji telur, pukul sikit
3 sudu besat butter, cairkan
1/4 cawan susu evaporated atau susu uht
1 sudu teh esen vanilla
pewarna kuning atau hijau
dan air secukupnye

bahan C
isi durian
whipped cream

caranya:
masukkan bahan B satu persatu ke dalam bahan A dan kacau rata...kemudian tapis adunan.
panaskan small pan dan oles minyak...sudukan adunan dan golekkan pan...ketebalan crepe bergantung pada kepekatan bancuhan crepe anda...sebaiknya biarlah nipis, baru cantik rupa crepe tu nanti, jika tebal dah seperti lempeng pulak...buat hingga habis bancuhan tepung...

langkah seterusnya kkida pasti semua pun taukan...letak satu sudu kecil isi durian yang baru dan manis rasanya...tambahkan whipped cream jika suka (kkida guna ready made whipped cream yang dalam tin tu, tinggal picit aje...:)....kemudian lipat crepe secantik yg boleh...dah siap semua, masukkan dalam peti sejuk...hidang sejuk...

ok selamat mencuba...
ok satu lagi, ada yang tanya cam mana kkida buat bergedil elok aje bentuknya...sebenarnya kkida dah share beberapa kali my resipi utk bergedel....kkida guna russet/us potato....potong pada ketebalan 1/2 cam dan deep fry hingga lembut ubi tu (bukan perang ok)

tumbuk ubi hingga hancur lumat...lain-lain bahan adalah daging kisar, bawang goreng, daun sup/bawang, cili merah dan telur sebiji...gaul sebati dan hingga boleh dikepal...buat bentuk bulat leper cam foto atas tu...boleh sejukkan dulu jika perlu...

deep fry dalam minyak panas, celup dengan putih telur sahaja...(sorry utk bergedel latest ni kkida takda gambar yang dah siap bergoreng, bulan posa ni letih benar...nak ambik gambar pun malas...hehe...)
last sekali kkida nak share resepi satay dip oleh mission tortilla chips ni...kkida ada share resepi nya kat sini...sedap juga nachos makan dengan satay dip ni, lain dari yg lain...:)

hari ni anda berbuka apa, kkida nak goreng cucuq jagung je hari ni....selain tu my mum buat rendang kerang...oklah selamat berbuka puasa dan selamat beribadah di bulan Ramadhan....

bulan Ramadhan ni kena banyak bersabar ye....jangan nak marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal, habis pahala puasa kita nanti...:)

Friday, July 11, 2014

mission tortilla chips

Salam Jumaat, beberapa hari lalu kkida terima kiriman chips ini, siap dengan saknika bahan untuk buat dips....pendek kata semua ada...yg takda garam ngan gula aje...hehe...thanks Andora...
sebenarnya dah beberapa kali Andora from Truth Communication hantar pada kkida benda-benda camni since dia tahu kkida memang tak boleh hadir jika dia jemput ke sebarang majlis...:)

sorry, kkida memang malas tahap gaban untuk ke sana sini menghadiri majlis yang dianjurkan untuk bloggers n press ni....kkida rasa memang tak sesuai dah utk kkida...:)

sebenarnya banyak juga jemputan dan undangan yang kkida terima, terima kasih kerana percaya dengan kewibawaan blog saya...namun kerana masa yang sangat tidak bersesuaian di tambah pulak lokasi majlis yg akan mengundang kepada kesesakan...kkida terpaksa menolak...kalau 20 tahun dulu dah ada internet dan pandai blogging camni memang best sangat...hehe...la ni....nak drive pun dah terketar-ketar inikan pula nak redah rata KL tu....:(

takpalah....biarlah kkida syok sendiri berblog kat rumah aje....kan....heheee....
ok, berbalik kisah nachos tadi, selain main ingredients, ada bahan lain seperti fish sauce, olive oil, mustard seed, red chili, coriander leaves, gula melaka, lemon, tomato, rempah kari dan kunyit serbuk, cheese, ayamas mince chicken...dan banyak lagi...serta resepi yang di email...

so petang tu kkdia cuba buat salah satu resepi yang di beri, sangat simple...bahanya hanyalah cream cheese dan rempah kari daging...

MISSION CURRIED CREAM CHEESE DIP

Ingredients:
250 ml tub cream cheese, softened to room temperature
1 tbsp curry powder
½ tsp lemon rind, finely chopped/grated
Salt and pepper to taste
Mission Chips in any flavour (suggested Original)

Method:
Mix the ingredients together, adjust the heat of the curry powder to your preference.
inilah hasilnya....simple dan jika dah mula makan pasti tak boleh stop...terus mencolek dip tersebut....anda kena cuba....ok...:)
ni satu lagi resepi dips jika anda ingin mencuba...

MISSION CHICKEN SATAY DIP
Preparation time: 5 mins
Cooking time: 5 mins
Serves: 4

Ingredients:
3 tbsp cooking oil
½ tsp turmeric powder
1 stalk lemon grass, sliced and pounded finely
3 cloves garlic pounded
200 g minced chicken meat
Salt to taste
1½ cups pasembur sauce
Mission Chips in any flavour

Method:
Heat oil in a wok and then saute the turmeric powder, pounded lemon grass and garlic until fragrant.
Add in the chicken meat and stir-fry the meat until it is just cooked.
Season the chicken with salt to taste.
Then finally add in the pasembur sauce and cook until the sauce comes to a boil.
Serve immediately with the Mission Corn Chips.

hari ni kkida nak kena cuba resepi ni, bahan semua dah ada...nanti kkida share gambar kemudian ye...