Saturday, June 14, 2014

rendang tok style opah

Assalam,
lama kkida peram gambar ni....sori ek!
ramai yang minta kkida share resep ni...so petang ni baru terbuka pintu hati kkida untuk share resepi yang super sedap ni dengan youall...hehe...

alaaahhh...bukannye susah pun...rendang tetap rendang, bahannya tak jauh berbeza, cuma yang membezakannya air tangan anda tu...:)

untuk bahan rendang ni:
1.5kg daging kurang lemak dan urat
2 biji bawang besar merah
5 ulang bawang merah kecil (lebih kurang)
3 ulas bawang putih
3 inci halia
6 batang serai
2 inci lengkuas
beberapa sudu besar cili blender
kayu manis, bunga lawang dan cengkih
hiris semua bahan dan blender hingga lumat, tuang ke atas daging, gaul dan perap beberapa jam...masak atas api perlahan, tambahkan 3 sudu besar rempah rendang atau rempah daging...masak hingga air separa kering. masukkan santan pekat 1 cawan dan terus rebus rendang hingga kuahnye hampir kering dan empuk...

masukkan daun limau dan kerisik, seasoning, gula merah secukup rasa dan asam keping...kacau rata...  

harap tiada bahan yang tercicir, al-maklumlah kkida ni pun semakin muda youuu...huhu...selamat cuba buat ye...:)
kkida buat rendang ni untuk kirimkan pada my son Ajwad melalui kawan dia Shakir yang akan bercuti ke London...selain rendang kkida juga buat sambal ikan bilis kering...
Shakir kawan Awad belajar bidang kulineri kat uitm...masa dia dtg ambik rendang ni dia bawa buah tangan ni kat kkida...muahaha....bun arang...(kkida ada share kat ig)
punyelah terkezut kkida....chef-chef zaman moden ni dah terlalu advance hingga ketandusan idea nak cipta resepi....elok-elok selama ni roti color putih depa gi tukar ke warna hitam...dan roti ni shakir yang buat utk kedai bakeri tempat kerja beliau...apadaaa.....hihi
kkida cuba google cari info berkaitan roti ni...mak ai...rupanya kkida yg ketinggalan ketapi....roti ni dah berzaman orang buat dan dah popular rupanye (hani dan eka pun tahu keujudan roti ni)....huhu...

nantilah one fine day kkida pun akan cuba buat jugak...:)))
image from google...tq

1 comment:

  1. saya pernah RASA jer .. tak 'tergamak' nak makan roti HITAM ni,.. :-) bagi saya yang biasa tu juga sedap.

    ReplyDelete