Tuesday, June 17, 2014

apam pisang express

satu hari kkida tenampak 3 biji pisang berbaki yang hampir ranum atas meja dapor...nak makan mentah dah tak berapa sedap...lalu kkida mula mereka apa aku nak buat dengan pisang 3 biji ni...

mula-mula cadang nak buat cokodok, tapi bila ingat balik asik cokodok je...jemulah pulak, maka kkida nak cuba buat kudapan lain pulak dengan pisang tersebut...

kkida cari kat google image dan terjumpa beberapa resepi yang similar, iaitu cara buat apam pisang yang ringkas dan kkida pun nak mencuba..
caranye mudah, budak umur 9 tahun pun pasti boleh buat...:)

1) lenyek 3 biji pisang ukuran medium (yg banyak jual kat supermarket tu)
2) pecah 4 biji telur dalam mangkuk kaca, masukkan 1 cawan gula perang lembut (+ 1/2 sudu teh serbuk kayu manis) dan 1 cawan minyak...pukul dengan hand mixer hingga kembang cam foto atas tu...
masukkan pisang lenyek dan 2 cawan tepung sedikit-sedikit (ayak tepung dengan 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu teh soda bikatbonat)

hasilnya bancuhan yang likat seperti kek atau cucur udang...tuang ke dalam mangkuk kecil yang telah disapu minyak.

kukus dalam preheated steamer selama 20 minit....hidang dengan kelapa putih yang telah ditambah garam...yummy...(kkida kukus dalam bekas silicone yang comel...elok aje apam tu, tak melekat kat acuan...
bagi anda yang nak beli acuan silicone ni....sila ke 1001shoppe
hasilnya pada kkida sedap, surely a keeper...thank you pada mereka yang mencipta resepi ini...lepas ni tak susah dah nak makan home made apam.....janji ada bahan, jalannnn...

3 comments:

  1. sedap ni...ada kelapa parut putih lagi mantop..

    ReplyDelete
  2. ringkas aje bahannya, insyaallah nanti saya cuba pula...

    ReplyDelete
  3. saya nak kelapa lebih tau Kak Ida.... :))))

    ReplyDelete