Tuesday, May 27, 2014

simple black pepper beef steak


resepi yang simple...hanya guna potato wedges dan mix vegi selain instant black pepper sos...lain-lain bahan...tumbuk beberapa biji bawang putih, halia dan bawang merah...sebelum tu goreng dulu daging (gaul garam) batang pinang atau yang kurang uratnye...ketepikan...


goreng wedges mengikut arahan pada pakagingnye, ketepikan...

tumis bawang dan halia tumbuk hingga wangi, masukkan sesudu/dua sudu besar cili blender...kacau garing, masukkan daging, sos lada hitam, kicap manis, sos tomato, perisa dan garam...gaul rata...akhir sekali masukkan sayur campur dan kentang dan gaul rata. Jika ada bell pepper boleh campur ke dalam beef steak ini...


hidang ketika masih panas dengan nasi, roti dan sebagainye...taburkan dengan daun ketumbar...simple kan...:)

3 comments:

  1. Wahhh sedapnya...udah la saya ni memang suka makan steak steak ni

    kak ida saya nak try masak lamb rib
    saya sangat suka lamb rib tapi tak tau :

    1) macam mana nak masa

    2) mana nak cari rib kamben untuk dimasak


    kalau makan kat kedai tiap hari boleh ajdi 'jutawan' saya

    hehehe

    *Cik Sal*

    ReplyDelete
  2. Kak Ida...gebunyaaa daging tu. Kak Ida ni memang kreatif laa...

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak kak ida. suka BACA resepi kat blog kak ida ni. nak membuatnya sangatlah tak rajin hihi.

    ReplyDelete