Friday, February 21, 2014

perfect egg sandwich

Salam, pagi ni kkida nak cuba update blog guna handphone pula. Sambil duduk ngadap breakfast...:) 
Sebenarnya kkida malas dah nak ambik gambar guna camera...banyak guna hp aje...bila dah guna hp memang leceh lah sikit nak transfer gambar tu ke laptop...tu yg jarang kkida update gambar food n resepi lately...

lagi pun kkida tengok banyak dah blog resepi kat tenet ni...semuanya hebat belaka...sampai tak terlarat nak tengok mana satu...:)
Tapi takpalah, sbb lama sangat tak share gambar food, di pagi yg mulia ini kkida nak share idea ni dgn anda...dapat juga pahala kan kan... hehe....

apa yg kkida nak share adalah cara masak telur ni...guna cupcake pan dan bakar dlm oven. Mula-mula spray dulu dgn minyak atau butter, pastu pecahkan telur, tabur salt and pepper. Bakar dlm oven lebih kurang 10 minit atau hingga telur set...terpulang pada selera masing-masing. Jika nak kuningnye keras betul masak lebih lama.

Kkida tambah chicken sandwich slice n cheese sebelum masukkan ke oven. Anda boleh tambah apa je bahan yg anda suka.
kalau malas nak heat oven boleh juga masak telur dalam microwave...caranye sama je, cuma kena guna bekas yg besesuaian untuk kegunaan dalam microwave. Spray bekas dengan minyak atau butter, pecahkan telur....kuning telur kena cucuk dengan garpu supaya pecah...jangan biarkan bulat. kemudian letak bahan lain  yang anda suka....masak selama satu ke dua minit....hidang dengan roti atau makan camtu aje utk sarapan...
Oklah...payah benar nak update blog guna benda kecik ni...tak practical langsung...nak kena guna komputer gak...:)

Selamat berisitirehat di hujung minggu...Salam...

9 comments:

  1. salam..

    wah nampak sedap tu..lapar tengok..

    ReplyDelete
  2. sempoi jee .. oh ya salam pengenalan sis, i follow ya

    ReplyDelete
  3. guna microwave tu saya selalu buat kak..tapi sebab tak lapik dengan butter atau minyak, melekat2 dia bila nak makan. Heheehhe.

    ReplyDelete
  4. cun gak ni, senang plak tu nak buat.... ini mesti kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  5. err.. tumpang tanya, kalau pakai microwave selalu berapa lama ek? saya pernah cuba masak telur pakai microwave, tapi dia jadi penyek dan kering.liat sikit. overcook gamaknya.2-3 buat sama je,tak buat dah pastu. ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah seminit dulu...jika tak masak tambah lagi masa...

      Delete