Saturday, February 22, 2014

cucur udang kobis

Salam, rajin pula kkida ni mengupdate resepi dgn hape (bahasa indon). Pagi ni kkida buat cucur udang campur kobis...masa gi Bandung hari tu kkida ada makan cucur yg dijual kat tepi tasik berhampiran Kawah Putih. Cucurnye cuma letak kobis dan bawang. Rangup dan sedap.
Untuk resepi cucur sarapan pagi ni selain kobis kkida letak jagung, udang, bawang besar, daun bawang dan cili merah. Jika ada kucai boleh masukkan sekali. Tambah garam, gula dan sikit soda supaya cucur rangup. Bancuh dengan air suam kuku. Ini adalah cara kkida bancuh cucur. Lain orang lain caranya. Tapi my cucur ni memang digemari di kalangan my family...:)
Cucur kena goreng dlm minyak yg banyak dan panas betul jika tak cucur akan bantat, tak kembang dan tak rangup.
Selamat mencuba. Short and simple entri. Update dgn phone tak leh nak tulis panjang-panjang.

Insyaallah, nanti kkida nak sambung travel story yg tak habis lagi tu. Selamat istirehat hujung minggu buat semua. 

Friday, February 21, 2014

perfect egg sandwich

Salam, pagi ni kkida nak cuba update blog guna handphone pula. Sambil duduk ngadap breakfast...:) 
Sebenarnya kkida malas dah nak ambik gambar guna camera...banyak guna hp aje...bila dah guna hp memang leceh lah sikit nak transfer gambar tu ke laptop...tu yg jarang kkida update gambar food n resepi lately...

lagi pun kkida tengok banyak dah blog resepi kat tenet ni...semuanya hebat belaka...sampai tak terlarat nak tengok mana satu...:)
Tapi takpalah, sbb lama sangat tak share gambar food, di pagi yg mulia ini kkida nak share idea ni dgn anda...dapat juga pahala kan kan... hehe....

apa yg kkida nak share adalah cara masak telur ni...guna cupcake pan dan bakar dlm oven. Mula-mula spray dulu dgn minyak atau butter, pastu pecahkan telur, tabur salt and pepper. Bakar dlm oven lebih kurang 10 minit atau hingga telur set...terpulang pada selera masing-masing. Jika nak kuningnye keras betul masak lebih lama.

Kkida tambah chicken sandwich slice n cheese sebelum masukkan ke oven. Anda boleh tambah apa je bahan yg anda suka.
kalau malas nak heat oven boleh juga masak telur dalam microwave...caranye sama je, cuma kena guna bekas yg besesuaian untuk kegunaan dalam microwave. Spray bekas dengan minyak atau butter, pecahkan telur....kuning telur kena cucuk dengan garpu supaya pecah...jangan biarkan bulat. kemudian letak bahan lain  yang anda suka....masak selama satu ke dua minit....hidang dengan roti atau makan camtu aje utk sarapan...
Oklah...payah benar nak update blog guna benda kecik ni...tak practical langsung...nak kena guna komputer gak...:)

Selamat berisitirehat di hujung minggu...Salam...