Thursday, January 24, 2013

salam maulidul rasul...




Assalamualaikum,
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUL RASUL BUAT SEMUA...

kkida ni ketinggalan keretapi...hampir dah tengah malam dan semua orang dah tarik selimut baru kkida nak ucap itu ini....:)

selain menyambut Maulud Nabi yang kebetulan jatuh pada hari ini...24 januari juga adalah tarikh yang sentiasa terpahat dalam ingatan kkida (not my hubby...:')....yelah orang lelaki ni selalu buat-buat lupakan...hehe...kkida dinikahkan pada tarikh ini...lama dah...tahun 1987....kiranya tahun ni kkida and hubby sambut our anniversari yang ke 26 laaaa....:)))

anak-anak pun semua dah besar panjang....:)...tapi sorang pun tak ingat hari ni mama and ayah depa punya anniversari...hmmmm.....wbp, doa kkida semuga kasih kami akan berpanjangan hingga ke syurga...amin....

....sempena hari yang special ini...kkida ajak le hubby gi makan-makan kat tempat yang istimewa sikit...tapi biasalah my hubby....dia akan kata....ish!..bukannye best tempat tu....:-\

akhirnye....dia bawak kkida gi makan nasi lemak dengan kerang bakar aje....hehe....kat tepi laut yang sangat 'cantik' pemandangannye.....kat mana tau....kat Bagan Lalang.....:-D

oklah...Syukur Alhamdulillah....janji kkida takyah masak dan tak payah berkencah kat dapor dan dapat makan something different...


nama restoran ni HM Sri Bagan Seafood....lama dah kkida tak makan seafood kat tempat macam ni....my favourite adalah kerang bakar cecah air asam dan ketam masak pedas manis/bercili...

tengoklah....kerangnye besarkan...best...maka kkida pun ambillah sikit dan minta mereka bakar kosong aje...


wbp, kkida a bit dissapointed...anda lihatlah sendiri....sampai rentung dan kecut kerang tersebut...ini bukan kerang bakar....kerang rentung namanye...langsung tak juicy...:(


ketam masak bercili...ketam memang sedap...tak kesah bagaimana cara ia di masak.....:)


lala masak dengan sos tiram...


ikan siakap...not bad...sedap juga...


kkida minta butter prawn...dan inilah yang mereka hidangkan....lain dari butter prawn yang biasa kkida makan...yelah...ini resepi dan cara mereka masak...cannot compare...:(


ikan kerapu stim ni sampai terlalu lewat...bila semua makanan dan nasi dah habis...:-(


seafood....pilih mana yang anda suka....


overall oklah...average....ada yang sedap dan ada yang kurang....masing-masing punya selerakan...cuma jika di bandingkan dengan apa yang hubby kkida bayar semalam....kualiti vs harga....kurang seimbang....

biasanye jika makanan kat sesebuah restoran tersebut sedap pasti kkida akan ingat sampai bila-bila dan akan ajak hubby makan kat situ lagi....tapi tidak kali ini.....lain kali jika teringin nak makan seafood kkida nak cuba kat tempat lain pula....

anda tahu kat mana restaurant seafood yang benar-benar sedap cookingnye?....please share with me..:)


HM SRI BAGAN SEAFOOD
Sungai Pelek, Sepang.
MY REVIEW
FOOD: 3/5
SERVICE: 3/5
SUASANA DAN KEBERSIHAN: 3/5



Tuesday, January 22, 2013

very very awesome blender...


sorry, gambar pun kelabu sebab time ni dah lewat petang dan nyamuk pun banyak kat outdoor living rumah kkida ni....so nak berdemo dan nak bergambar pun sangatlah tidak selesa (itulah kekurangan duduk dalam hutan ni....:)....but tell u what...this blender memang sangat awesome...i like it...thank you to Pensonic...


salam buat semua,
sebenarnya belum tiba masa untuk kkida share kelebihan blender ni dengan anda kerana ia (blender ni) hanya akan berada di pasaran pada pertengahan bulan mac nanti...tapi since blender ni telah berada di tangan kkida....tak sabar rasanye kkida nak cuba beberapa resepi yang telah lama bermain di pikiran kkida....hehe....pelbagai awesome resepi...bukan recipes dari buku resepi Pensonic tu (yg tu semua resepi nak sihat...lol)...tapi ini sendiri punya resepi....resepi yang sedap-sedap aje....yang kurang sihat punya....:P

kenapa?
kerana blender ini mampu menghancurkan ice cube sehingga sehalus-halusnya...macam ice abc tu....bestkan...:)

lepas ni memang senanglah anak-anak kkida nak buat their own smoothies, slurpees, ice-blended, sorbet, ice-cream, fruit juice dan banyak lagi...:)


semalam wakil dari Pensonic demo cara guna blender terbaru ini....iaitu minuman yang lazat lagi berkhasiat....campuran buah mangga, strawberry dan blueberry....masukkan semua bahan dalam blender berserta ice cube...blend until smooth...

...yang tu bukan jari kkida tau...:)

....anda tau kenapa kkida suka banget dengan blender ini...kerana kkida tak perlu angkat bekas kaca tersebut untuk tuangkan isi kandungannye kedalam bekas/gelas....letak aje gelas bawah pili tersebut....mudahkan....:-D


juice ni bagus di minum di pagi hari...mencuci segala toxin dalam badan kita...good for your health...:)


Insyaallah....bila tiba masa dan ketika... kkida akan share banyak lagi info berkaitan blender ini...ok....:)

ops!!!...lupa pula....nama sebenar blender ini adalah PAPABLEND...:)...papablend?...kenapa papa bukan mamablend?...hehe...yang tu nanti kita tanya PENSONIC....:-)

Saturday, January 19, 2013

sandwich dan sosej...


Assalamualaikum,
selamat beristirehat hujung minggu kkida ucapkan....anda dah dinner ke?
hujung minggu ramai yang santai di luar sambil menjamu selera....kkida juga...:)


wbp, pagi tadi kkida buat juga makan sikit-sikit...yang simple-simple aje...tujuan...jika ada yang baru nak belajar masak boleh cuba resepi ni....hehe.....:)


sandwich ni fillingnye senang aje....cucumber pickle...banyak jual kat supermarket dalam botol...sosej ayamas keju (kkida tak masak pun sosej ni)...cube kecil dan campur dengan pickle (cincang) dan mayonnaise...salt and pepper....gaul rata...(ada sosej yang anda perlu masak dulu kerana dagingnya masih mentah)


panaskan pita bread (toast)...potong dua...buka poketnye...letakkan sekeping daun salad dan sehiris tomato...sudukan sosej mixture...makan terus...simplekan...


bawah ni...sosej yang sama seperti yang kkida guna untuk sandwich di atas...celup dalam batter dan goreng dalam minyak panas....


kkida lihat kat youtube resepi ini...simple and crunchy...kkida cuba olah sendiri resepinya...dan hasilnye memang sedap...

campuran batter...1 cawan tepung, 1 sdt baking powder, 1/2 sdt soda, 2 sdt gula halus, 1 sdt garam, 1/2 cawan buttermilk, 1/2 cawan yellow corn meal mix dengan 1/2 cawan air sejuk (ice water, biarkan kembang sebentar)...dan 1/4 cawan air sejuk...campur semua bahan dan gaul rata...jika anda rasa pekat sangat tambah sikit air...ketepikan batter 1/2 jam.

(resepi asal guna polenta, since kkida takda polenta, kkida guna sahaja apa-apa bahan yang ada dalam simpanan...next time kkida nak cuba dengan polenta pula)


cucuk sosej pada lidi satay (jika ada)...jika takda celup aje sosej dan goreng dalam minyak panas...


jangan terus masukkan sosej camtu aje...pegang lidi satay dan masukkan dulu hujung sosej dalam 30 saat...lepas tu baru lepaskan ke dalam minyak panas...goreng hingga kekuningan...dalam 2,3 minit lebih kurang...

makanan seperti ini sedap di makan ketika masih panas....kalau dah sejuk....hmmm...memanglah kurang enak...oleh itu jika ada yang nak makan baru order (buat)....hehe....macam restoran gitu...cicah dengn sos cili dan mayonaise...

Friday, January 18, 2013

prosperity gives back


salam pagi jumaat...
hujung minggu menjelma kembali...bulan januari semakin menghampiri ke penghujung...kkida teringat hari ni adalah harijadi abang sulung kkida...jarang kkida sebut nama dia kat blog nikan....dia pun ntah pernah terjah blog kkida ni ntah tidak...kkida pun tak pasti...btw, ida ingin ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 51 to my beloved brother, Azahari...dah masuk era siri 50 dah yek!...:)..semuga abangnda panjang umur, murah rezki, diberikan kesihatan yang baik dan mampu meniti hari-hari seterusnya sebaik mungkin....:'D


dan bagi anda yang punya masa terluang hujung minggu ini, jom kita menderma...mungkin kalau kita nak hulur terus kepada badan-badan kebajikan atau rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kurang upaya tu agak payah sikit...yelah jenuh lak nak gi cari sana-sini...dan kkida rasa pasti tiada yg rajin bebeno nak gi terjah rumah anak yatim atau rumah orang tua semata-mata nak beri sedekah 5, 10 ringgit kecuali rumah-rumah tersebut berhampiran dengan kita...

oleh itu cara yang mudah jika anda berniat ingin membantu...bawa famili gi makan Prosperity Burger yg sedap itu kat McD hujung minggu ni...(mcd seluruh malaysia, termasuk sabah dan sarawak) iaitu; 19 dan 20hb...dengan setiap pembelian Properity Meal, RM1 akan disalurkan ke pelbagai rumah kebajikan...(kkida hanya menyokong usaha mereka yang ini aje ye...yg lain tu memang di luar kawalan kita..:)

oleh itu...buatlah keputusan terbaik...ada ramai orang keliling kita yang tidak senasib dengan kita dan memerlukan bantuan...:'|


walaupun ramai yang.....................tapi kkida pasti ramai yang tidak akan menolak jika di hidangkan burger ini depan mata...:P...termasuklah kkida...hehe...


media (dari pelbagai agensi)



Wednesday, January 16, 2013

BIOZONE Food Purifier



BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...