Wednesday, June 12, 2013

rendang ayam turkey


salam,
rendang ayam turkey, pelik sikit kan....:)
semalam kkida ke jaya grocer...tujuan asal nak cari product mychef terbaru, resepi chef ezani...iaitu meatball dan spaghetti...kkida pusing beberapa kali kat bahagian freezer makanan...tapi takda satu pun product mychef display kat situ...bila tanya kat supervisor jaya grocer mengapa takda satu pun product mychef jual kat situ, dia kata mereka terpaksa remove product tersebut dari freezer kerana susah nak jual...:(

kkida tanya kenapa susah nak jual, pekerja tu kata mungkin sebab product tersebut mahal....even mat saleh pun kata mahal...hmmm....kkida terdiam...tak tau nak kata apa...susah juga rupanya product 'orang kita' nak tembusi pasaran makanan tempatan ni...terpaksa bersaing hebat dengan product makanan syarikat lain yang rata-rata bukanlah product keluaran tempatan atau syarikat bumiputra yang status halalnya ada ???


maka, terpadamlah hasrat nak merasa menu dari chef ezani, tidak boleh gak kkida review menu-menu tersebut....takpalah, lain kali kkida cuba cari kat tempat lain pula...:)

since hajat asal mencari mychef tak kesampaian, maka seperti biasa mulalah tangan kkida 'gatal' capai benda lain yang bukan kkida rancang nak beli...laju aje tangan tu masukkan satu persatu ke dalam troley...hehe....

ternampak dalam freezer frozen turkey drumstick ni....teringat lama gak kkida tak beli ayam jenis ni...so kkida pun ambiklah beberapa ketul, ingat nak buat kari...tapi akhirnya tukar fikiran dan jadilah hidangan ni....rendang ayam turki (kenapa dinamakan ayam turki yek???)


proses membuat rendang cara kkida sama aje dengan resepi-resepi yang pernah kkida kongsi sebelum ni...iaitu resepi rendang ayam, rendang kerang, rendang daging dan lain-lain...


masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali dengan ayam...dan masak hingga separa empuk, masukkan santan, garam dan lain bahan perisa...tutup kuali dan biarkan sehingga ayam tersebut empuk dan lembut...masukkan kerisik, daun kunyit dan lain-lain bahan jika ada...


masak sehingga gravynye kering....kkida masak guna periok special ni...elok aje jadi rendang kkida tu...tak berkerak langsung...


ayam turki berlainan dari ayam biasa...ia tak berlemak...isinye pejal dan kurang tasty...tapi ia lebih baik berbanding ayam daging...terutama bagi mereka yang nak jaga kesihatan....:)





9 comments:

  1. memang lerr .. produk MY CHEF tu mahal dengan saiz sebegitu .. apatah lagi buatan tempatan. Kalau produk luar mahal .. orang kita macam sedia faham .. ringgit malaysia rendah so jadi mahal ( antara sebabnya lah kannn ). Tapi ini produk tempatan .. walaupun confirm HALAL harganya masih ' kurang suai ' ... mungkin harga sebegitu kerana MAHAL nak bayar chef-chef tu ...

    ReplyDelete
  2. salam kkida...
    nampak cm sedap jer rendang tuh..

    ReplyDelete
  3. Kak Ida, sy jatuh hati sama rendang ayam turkey dan itu kuali/ periuk laaaaaaa... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuali periok tu memang bestlah seri...berbaloi jika beli...

      Delete
  4. Assalamualikum..kkida..terliur saya nampak rendang tu mengancam...

    ReplyDelete
  5. aduh kkida..memang mengancamlah rendang tu..meletoppp..sedap pulak kalau ada pulut kuning..

    ReplyDelete