Sunday, May 12, 2013

saya tak makan kambing...


kkida tiba agak lewat...bila masuk ke ruang tamu kkida lihat ramai tamu yang tiba lebih awal...
semuanya wanita...selepas bersalaman kkida cari kerusi kosong untuk duduk...nasib ada...tamu lelaki duduk di ruang hadapan dimana majlis doa selamat dan cukur jambul di jalankan...

tetiba seorang tamu memecahkan kesunyian...

"nampak ada kambing kat luar tengah panggang"
"oh ye ke..."
"tapi saya ni memang tak makan kambing"
"kenapa tak makan kambing, sakit darah tinggi ke?"
"taklah, tapi memang tak boleh makan kambing"
"kenapa?"
"entahlah, memang tekak saya ni tak boleh nak telan daging kambing"
"oooohhhh...."

tetiba...

"ssSSsshhhhhhh!!!"

terus perbualan dua tamu tersebut terhenti...

kkida toleh ke kanan nak lihat siapa yang ssshhhhh tu....lepas tu kkida pandang semula pada dua tamu yang rancak sembang tadi....kkida tersenyum sendirian....dalam hati berkata...elok pun mereka berdua ditegur...

pada pandangan andalah...kenapa agaknya tamu sebelah kkida tu tetiba "sssssshhhhhh" kat dua tamu yang tengah rancak sembang bercerita mengenai dia tak makan kambing yg membuatkan keduanya terkedu dan terus diam?...


kkida makan kambing...walaupun tak boleh makan sebenarnya...tapi dek kerana aroma dan nampak menyelerakan...maka semua pantang kita langgar...bukan selalu dapat makan kambing fresh camni....yang isinya juicy dan lembut...siap ada mash potato dan salad serta lengkap dengan black pepper dan mushroom gravy...rugilah pompuan tu tadi tak makan kambing....hehe...


kambing dan kambing....sering kita dengar kat mana-mana majlis kenduri kendara orang kata mereka tak makan kambing (jika ada hidangan berasaskan lamb/mutton)...mereka tak makan atas sebab kesihatan atau mungkin sebab tak lalu nak telan (seperti cerita tamu kat atas tadi)...

benarkah kambing memudaratkan kesihatan? ada kata ye ada kata tidak...Wallahu a'lam....dan ramai yang tak suka makan kambing kerana baunya hamis (kambing malas mandi....hehe...)....apa-apa pun kambing tetap menjadi tumpuan jika di panggang enak...betul tak?

selain kambing panggang ada kuzi kambing dengan nasi beriani, ayam goreng, dalca dan acar buah...hmmmm....memang naik darah le kkida hari ni...huhu....


kambing-kambing tersebut adalah milik baby yang baru berusia dua bulan ni....cucu kepada Dato' Noor Azam (DNA)...jiran terdekat kkida...rumah kami bersempadan...pagar kita pagar dia juga...


sekali sekala kkida dan hubby akan bertandang ke rumah DNA (begitu juga sebaliknya)...suka dengar atok sembang-sembang....:)...daya ingatannya masih kuat...cuma tenaga aje berkurangan...
biasalah...usia telah melebihi 80 tahun....DNA suka bercerita kesah beliau muda-muda dan sedikit sebanyak pandangan dan pendirian beliau mengenai kemelut politik negara...

jika dilihat pada keadaannya kini (foto atas)...macam tak percaya yang satu ketika dulu beliau merupakan orang penting kepada pentadbiran Tun Dr M...


suasana laman rumah DNA memang best...landskapnya menarik...ada matair mengalir masuk ke dalam kawasan tanah beliau...amat menenangkan...fikiran kusut boleh lapang jika duduk kat wakaf tersebut sambil dengar deruan air dan melihat ikan-ikan berenang....


kkida juga berangan nak buat lanskap camni kat tanah dusun deroyan yg baru kami beli tu....Insyaallah...:)

7 comments:

  1. salam kkida..

    sya suka makan lamb chop..

    ReplyDelete
  2. Iyerlah, x makan tak apalah. Tapi komennya kalau berlarutan, mungkin boleh menghiris perasaan orang lain kot. Tuan rumah apa tah lagi...

    Saya yakin Kak Ida akan dapat capai impian untuk dusun deroyan tu...hehehehehe.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sy suka kambing...cantiknya ada laman cam tu...mmg tenang rasanya...

    ReplyDelete
  4. betullah, rugi pompuan tu tak makan kambing. Saya rasa kalau mind kita dah set makan kambing pening, makan kambing sakit, memang akan terjadilah pening dan sakit...

    ReplyDelete
  5. Before married, saya tak makan daging kambing.. Tapi sekarang pantang nampak.. Kena control juga.. Tengok kambing golek tu, memang menggoda..

    Tenang dan damai je tengok landskap laman jiran akak tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...