Saturday, March 2, 2013

passport to italy; taste of milan

take a culinary journey through Italy as we travel the country to celebrate its diverse dishes

jom gi Italy....:)
kkida pun belum pernah jejakkan kaki ke negara tersebut...mungkin satu hari nanti, Insyaallah...

apa kena mengena entri kkida kali ni dengan negara Italy tersebut....nilah yang kkida nak share dengan anda ni...

anak kkida eka dan hani pernah cakap kat kkida
"mama, food kat Italiannies best larr"....
kkida tanya balik "apa yang bestnye? pasta?"

depa kata bukan pasta aje, ada bermacam jenis hidangan lain kat Italiannies selain pasta...tapi dalam kotak fikiran kkida hanya bayangkan pasta aje...tiada hidangan lain...kerana Italy memang terkenal dengan makanan tersebut...makanan ruji mereka...

hmmm....anak-anak muda zaman la ni....kalah mak ayah depa...makan kat tempat yang best aje...restoran mamak roti canai dah teh tarik memang tak masuk book langsung..:|

wbp, kkida tak pernah makan kat Italiannies (hanya lalu lalang depannye aje...:) hinggalah satu hari seorang kawan ajak kkida lepak dan sembang-sembang kat restoran tersebut...lama dulu....kkida pun tak ingat hidangan apa yang kkida order masa tu dan bagaimana rasanya...:D


hinggalah semalam, kkida benar-benar menjamu selera di restoran tersebut....:)...thank you to Jaslyn Low from RAPR Communication Sdn Bhd kerana menjemput auntie ida untuk makan-makan dan minta kkida berikan pandangan terhadap menu terbaru Italiannies yang dinamakan Passport to Italy: Taste of Milan....


juga terima kasih kepada Andrea Rossi dan Shahrul Ezanee (Italiannies regional manager and Italiannies marketing executive) kerana sanggup menunggu kkida yang lambat tiba ke lokasi serta melayan me and hubby makan serta menjawab semua soalan-soalan cepumas dari kkida....biasalah kan....kkida mestilah nak korek dan tanya soalan-soalan yang sedemikian rupa...hehe... 


berbalik kepada menu hidangan semalam....apa yang boleh kkida katakan...WoW!!!...it's sooo good....bukan sebab dapat makan free (part of it...hehe...)...tetapi hidangan semalam membuatkan persepsi kkida terhadap restoran tersebut telah berubah....selama hari ni kkida ingatkan menunye hanya terdiri dari pasta dan pizza sahaje...rupanya ada bermacam jenis makanan....memang ulu jugak le kkida ni kan...huhu...:)


sementara menunggu appertiser dan main course meal kami dihidangkan dengan roti yang dicecah minyak zaitun...hehe...pelik sikit kan...mula-mula memang pelik....tapi bila kkida makan sedap le pulak...minyak tersebut mengandungi herba dan ditambah dengan balsamic vinegar...


fruit juice yang sedap sekali...


kemudian menyusul pula appetizer; mushroom with creamy polenta...kkida biasa lihat polenta tapi tak pasti bagaimana menggunakannya dalam masakan....dan semalam kkida dapat belajar sikit-sikit dengan mr Andrea Rossi...

 funghi gratinati con creme di polenta
rich and creamy oven baked porcini and button mushrooms, served on polenta and drizzled with trifle oil and topped with parmesan cheese...

selepas appetizer kami di hidangkan dengan hidangan utama atau main course...dan seperti biasa hidangan utama pastilah terdiri dari protein dan carbohydrates...dan hidangan utama yang mereka sajikan semalam memang sesuatu yang baru bagi kkida...:)

risotto con pesce bianco
sauteed spinach and fish fillet served with herbs arborio rice

kkida selalu tengok kat tv chefs luar negara masak risotto...kekadang teringin gak nak cuba...tapi tak berani kerana tak tau bagaimana hasilnye dan samada tekak kkida ni boleh terima atau tidak....yelah nasi memang makanan harian kita...cuma cara penyediaan risotto lain sikit...tak sama seperti kita masak nasi biasa atau bubur nasi...

wbp, bila jamah risotto tersebut...baru kkida tau bagaimana rasa dan texture beras tersebut....dan resepi risotto semalam amatlah sedap...jika anda ke Italiannies anda kena cuba hidangan ini....:)

main course kedua adalah...

ossobuco d'agnello
lamb shanks braised until tender, topped with a fruity gremolata of apples, lemons, oranges, garlic and basil, served on mashed sweet potato.

mashed sweet potato! something different...my hb suka sangat...selama hari ni dok makan mash potato biasa aje...lamb shanks pula sangat tender dan gravynye juga tasty...complete meal...makan satu hidangan ini aje dah cukup mengenyangkan...tak perlu side dish yang lain...

main course ketiga...hmmm...yang ni selain sedap, cara ia di hidangkan juga sangat menarik....

costole di manzo glassata
honey glazed juicy beef short ribs, served on creamy mashed potatoes

tengok rupanya aje dah tahu bagaimana rasanye...hehe...paling mustahak pada kkida dagingnye lembut dan tak liat dan tak letih mengunyahnye....pasti ambil masa lama untuk menyediakan menu ini...itu sudah pasti...

dagingnye lembut dan lerai bila ditarik/potong dengan pisau...yummm....masih melekat lagi rasanya di celah gigi kkida ni...hehe...sedap...jika ke Italiannies anda harus juga mencuba hidangan ini...pada kkida hidangan ini boleh dimakan dua orang besama side dish yang lain seperti risotto...

dan akhir sekali kkida dihidangkan dengan dessert...

crostata di mele con creme di mascarpone
homemade classic apples pie, served with zesty mascarpone creame

anything with pastry memang kkida suka...not so sweet...secukup rasa terutama applenye...dan kini tahulah kkida bagaimana rasa mascarpone cheese dan penggunaanya dalam masakan...lepas ni bolehlah cuba buat dessert topping guna mascarpone cheese...:P

last but not least...kkida nak juga rasa pasta de italianna...hehe...mana boleh tak jamah pasta jika ke Italiannies...betul tak!!!


dengan muka yang selamba kkida minta mr rossi buatkan kkida satu pasta meal (tak kesah menu yang mana)...nak cuba gak rasa pasta mereka....dan mr rossi hidangkan kkida pasta dengan meatball ni...

Wah! laju je anak bongsu kkida makan....hmmm..."memang kena kawin dengan minah itali le nampaknya anak aku ni"...hehe...mamam memang suka sangat pasta terutama spaghetti with meatball...

bila ditanya antara semua hidangan yang mana jadi pilihan dia (atmam)...dia tunjuk pasta with meatball ni....laaa....orang suruh dia pilih antara lima menu dari Passport to Italy tu...:)))

apa-apa pun tepuk dada tanya selera....jika anda teringin mencuba dan ingin merasa hidangan yang lain dari biasa....inilah tempatnye...sekali-sekala apa salahnya kita berubah selera...suasananya cozy dan seronok untuk santai-santai dengan famili terutama di hujung minggu...:)

pada kkida harganya amat reasonable...jika nak masak sendiri hidangan seperti ini memang taklah kot...sementara nak makan mungkin jenuh berpeluh kat ceruk dapur...hehe...terutama untuk sediakan dua hidangan meat tersebut...:-)


...saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada jaslyn, mr rossi dan ezanee...semuga Passport to Italy: taste of Milan akan mendapat sambutan dari pelanggan anda...

jika ingin mencuba hidangan ini, anda boleh ke Italiannies di:

the curve, mutiara damansara
the garden mall, mid valley city
empire shopping center, subang jaya
paradigm mall, petaling jaya
gurney paragon, penang

visit: http://www.italiannies.com.my.

dan kkida ada good news untuk anda...:)
...kkida nak belanja anda makan kat Italiannies...tapi kkida hanya boleh belanja satu dish sahaja out of five dishes...dan kkida hanya boleh belanja lima (5) orang sahaja...

apa yang perlu anda lakukan?

...anda hanya perlu tinggalkan komen kat entri ini sebaris ayat tidak kurang dari 10 patah perkataan (not less than 10 words)...tapi janganlah panjang bebenar ye...jenuh lak kkida nak membacanya nanti...:)...soalannya:

mengapa anda paling layak kkida belanja makan kat Italiannies?
chewah!...macam le keluar duit poket kkida...:P

contoh jawapan adalah seperti ayat kat bawah ni...

"saya suka makan pasta terutama resepi masakan Italy...dan menu di Italiannies nampak sedap dan menyelerakan..."

...ok boleh tak?

bolehlah....senang ajekan....tak perlu cipta ayat yang berbunga-bunga...:D


kemudian pilih satu menu kat atas ni...samada menu A, B, C, D atau E...satu aje ye...:)


buatlah pilihan yang tepat...jika anda gi makan dengan kekawan atau keluarga...hidangan yang lain tu kena le keluar duit poket sendiri ye...hehe...oklah at least dah jimat satu dish kan....:)

komen terakhir by 6pm (petang), Isnin 4hb Mac...

sila tinggalkan link blog anda atau email add kat komen tersebut...mudah kkida nak hubungi nanti...and please take note: semua outlet Italiannies terletak di lembah klang dan satu di Penang...

satu lagi kkida nak share, Italiannies juga mengadakan contest...maklumat lanjut boleh diperolehi dari website mereka...



26 comments:

  1. salam Ida...kak zita suka semua hidangan tu kecuali Risotto...tekak tak berapa nak bolih terima...jom gi Italiannies...

    ReplyDelete
  2. Oh Tidak... Kak Ida, semuanya nampak sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen nurul tak cukup panjang...tambah sikit lagi...:)

      Delete
  3. Air yg nmpk sedap.....sbb cuaca tgh panas...! Hehe......s

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar... tergeliat2 lidah kita nak sebut satu2 nama makanan.. kita memang suka masakan orang putih ni kak Ida, tapi kat JB ni kadang mana ada sgt restoran2 mcm ni, kalau ada pun teragak2 nak masuk, setakat ni yang selalu sy pergi restoran mexico jer, kalau nak mkn masakan Itali pergi pizza hut jerlah.. hehe

    ReplyDelete
  5. Membaca entry ni sambil membayangkan kak ida sekeluarga berada kat Itali.. hihi..

    ReplyDelete
  6. Ermmm Short ribs tu nampak sedap je kan KKIDA, D5 suke makan rib dan dah cuba mcm2 kedai xpenah lak cuba cara italian nyer masakkan nnt nk cuba lah kalau ader rezki :)..

    ReplyDelete
  7. Saya suka makan pasta terutama resepi masakan Italy...dan menu di Italiannies nampak sedap dan menyelerakan kerana ia nampak authentic dan flavourful, juga dihidangkan dengan gaya food presentation yang menarik dan cantik bersama setting environment yang membawa kepada experience bagaikan bersantap di ristorante Italia! :)

    ReplyDelete
  8. Baru menang MSMW hari tu, so ni kira hadiah menang MSMW lah kan? hehe.. tak pernah sampai ke Italy lagi, dapat rasa makanan resepi dari Itali pun jadilah. Tengok gambar dalam entri ni, saya yakin makanan mereka serve kat Italiannies memang sama rasa dengan kalau saya pegi makan kat Italy.

    Pilihan saya ialah costole di manzo glassata (tak reti sebut)

    ReplyDelete
  9. Sebab saye tengok entry ni pon dah buat saye terliuq dan saye sukeeeeeeeeeeee sangat Italian foods!! Mamma mia!!

    Sile belanje saye menu B! :D

    arin_coreng@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. wah bestnyerr..saya nak makan kat italianies ni sbb saya mmg peminat makanan italy n nanti kalau dapat makan dengan kk ida lagi la sedapnyer kan..teringin nak cuba B set tuh, nampak sungguh yummeh..so kalau de rezeki bole la jumpa kk ida lagi ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak kita sorang ni asyik tenggelam timbul...jap ada jap takda...:)

      Delete
  11. Saya suka makan pasta tapi selama ini saya cuma masak sendiri kat rumah dan guna Prego je.Teringin nak mencuba makanan di restoran yang famous ini.

    angah_pj@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. dah lama benar tak makan kat sini...

    ReplyDelete
  13. kak ida,

    saya adalah peminat setia pasta dan makanan itali. saya memang ada menyimpan cita-cita untuk merasai sendiri pasta buatan itali jika saya ada kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana.saya adalah seorang yang suka mencuba makanan Itali dan resepi pasta adalah pilihan utama saya untuk bereksperimen. Rata-rata resepi yang saya post dalam blog adalah berkaitan dengan pasta sebab pasta adalah makanan yang sihat, mengenyangkan dan mudah untuk disediakan.

    jika saya diberi peluang untuk mencuba makanan di Italiannies, hidangan OSSOBUCO DAGNELLO @ set B menjadi pilihan kerana saya menggemari pelbagai rasa dalam masakan itali.

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Pilihan terbaik untuk menikmati makanan Italy sememangnya di italiannies kerana ianya bukan sahaja pakar dalam menghasilkan pasta dan pizza yang lazat dan menyelerakan tetapi juga mampu untuk menghasilkan menu authentic Italian yang lain. Selain itu, hiasan interiornya mampu menghadirkan diri saya seolah-olah sedang menikmati hidangan makanan di pinggiran kota Rome, Italy!

    menu B jadi pilihan..=)

    ReplyDelete
  15. Eh..kkida dah buang ke entri satu lagi tu...em..m...belanja la saya makan pasta yang atmam suka tu..tak dapat makan ngan kkida makan ngan atmam pun OK pe...he..he....cerita kkida tentang makanan tu membuka selera saya.

    ReplyDelete
  16. Wow menarik & lazat hidangan Italiannies nie, saya peminat pasta tp ingin memcuba menu B jika diberi peluang & bertuah juga kalau dapat menjamu selera dengan kkida.

    menu pilihan B

    nino308@gmail.com

    ReplyDelete
  17. saya memang dari dulu lagi teringin nak makan makanan italian...xpernah dapat makan kat restoran mcmni...tapi saya selalu juga masak sendiri spagethi bolognese..hehehe..sudi2 la kakida ajak saya sekali makan2 sambil berbual2..terima kasih yer..:) menu pilihan saya ialah B.

    FROM: siti hajar (mines_55@yahoo.com)

    ReplyDelete
  18. rasanya kl g cni xreti nk order apa...tgk menupun nk baca dan myebut mahu tgeliat lidah...uhuhu...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...