Assalamualaikum dan selamat malam...kkida pasti pada ketika ini ramai yang sedang beristirehat di samping keluarga selepas makan malam....sambil lepak-lepak depan TV...esok hari cuti....hari libur, hari buruh atau hari pekerja bagi yang bekerja makan gaji tak kira samada kerja kerajaan atau swasta....esok hari beristirehat....cuti sehari...tapi yang kerja rumah macam kkida ni...esok hari bekerja...double salary....hehe...sebab semua ada kat rumah, maka bertambahlah kerja masak memasak kkida....:)
apa-apa pun kkida nak ucapkan pada pembaca dan follower blog 1001resepi...
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
apa yang kkida nak sembang malam ni adalah mengenai dua event ini...i.e..MITBCA2012 dan DIGI WWWOW AWARD....MITBCA2012 hampir menamatkan hari mengundinya...iaitu esok (hari terakhir)...
buat masa ni blog 1001resepi masih lagi berada pada kedudukan pertama...wbp...blog kedua tertinggi (kiraan undi) tidak kurang hebatnya...blog tersebut daftar lewat dari 1001resepi...tetapi berjaya memintas beberapa blog lain sehingga berada pada kedudukan yang amat selesa selepas blog 1001resepi...
siang tadi blog tersebut hampir memintas 1001resepi....memang pantas sungguh beliau menambahkan vote...wbp...atas bantuan rakan-rakan dan facebook fan...1001resepi dapat menambahkan bilangan undi dan kini masih kekal pada kedudukan pertama dengan perbezaan vote tak sampai 100...esok masih ada sehari lagi masa untuk mengundi....anything can happen...oleh itu...kkida amat berharap anda terus undi/vote 1001resepi....berilah semangat sikit pada kkida ni untuk terus berblog dan berkongsi resepi...:).
bawah ni pula kkida nak share kedudukan blog 1001resepi dalam digi wwwow award yang juga dalam proses mengundi...hmmmm...macam undi pilihan rayalah pula...sana undi sini undi...tapi undi pilihanraya berjalan sehari suntuk je...tak seperti undi blog...hehe...berminggu-minggu...:-]
jika lihat kedudukan blog 1001resepi....sama je dari hari kedua hingga sekarang...tak berubah....'most viewed' atau pun blog paling ramai orang suka baca/lihat dalam kategori fave makan-makan expert adalah blog 1001resepi....happy juga kkida rasa bila orang suka masuk dan view blog kkida ni....:)
itu tandanya blog kkida ni menarik jugalah...muahaha....jika tak apahal pula orang sibuk terjah blog kita...betul tak!
wbp, 'most voted' tetap kat situ je...tak berubah dari hari kedua hingga sekarang...iaitu berada pada kedudukan ketiga...pernah sekali 1001resepi berada pada kedudukan kedua....kejap aje...lepas tu ia kembali kepada kedudukan ketiga...
tapi tak mengapalah...pada pendapat kkida 'most viewed' bukan perbuatan yang boleh kita paksa orang buat demi kepentingan kita...ia sesuatu yang natural...orang tidak akan view sesebuah blog itu jika blog tersebut tidak menarik...betul tak? cuba lihat blog DTS...sebab ia menariklah ribuan orang view blog tersebut setiap hari...
berbanding 'most voted' blog...orang vote mungkin bersebab...suami/isteri mestilah vote pasangan masing-masing, anak-anak mestilah vote untuk emak ayah depa (macam anak kkida...:), murid/student mestilah vote blog cikgu/pensyarah yang mengajar mereka...jika tak nanti potong markah...hehe...ketua kampung mestilah suruh orang kampung vote untuk dia...dan begitulah seterusnya....
dengan lain perkataan....(pada pendapat kkida)...most voted blog tak semestinya blog tersebut terbaik...kkida lihat ada beberapa blog yang tinggi kedudukan dari segi undian...tapi isi blog tersebut hampeh...takda cerita menarik berbanding sesetengah blog yang duduk nun lepas ke bawah tapi intipati blognya jauh lebih baik...lebih berfaedah dan lebih banyak info yang berguna...
jadi itulah sebabnya digi wwwow award kali ini tidak bersandarkan pada vote semata-mata...kkida ada berbual dengan seseorang yang berkait rapat dengan event ini....katanya mereka (team digi) tak mahu buat mistake seperti tahun lepas....100% bergantung pada vote...katanya lagi ada sesetengah blog yang menang tahun lalu sebenarnya tak layak menang pun...tapi sebab dah dapat vote tinggi...pihak digi tak boleh buat apa....
oleh itu tahun ni mereka tak mahu ulangi kesilapan yang sama seperti tahun lalu...so kawan-kawan yang blog anda berada pada kedudukan yang terkebawah....janganlah anda berputus asa...mungkin masih ada peluang lagi...isikan blog anda dengan entri yang terbaik...itu lebih bermakna lagi...tak yah kempen teruk-teruk sangat suruh orang vote kita...tapi isi blog ntah apa-apa...:)
gitulah lebih kurang tips blogging dari kkida...:)...kkida belum pernah lagi share sebarang tips berblogkan...so ni kira kkida sharelah ni...ye...sharing is caring...:)
kkida bukan cakap kosong tau....kkida cakap melalui pengalaman sendiri...buktinya 1001resepi ada hampir 230 ribu fb follower...blog follower ada 4,500 lebih....page view lebih 3.5 million dan kkida baru mula tulis blog ini pada mac 2010...
satu lagi tips yang kkida nak share ialah...cara anda menulis blog...cara penyampaian atau perkataan yang di gunakan...gunalah bahasa yang lancar bila orang baca...minat kkida akan terus mati untuk baca sesebuah blog bila lidah kkida susah nak follow apa yang mereka tulis...jangan guna perkataan yang mengada-ngada lah...contoh...itew, gitew, jew, cenggini, engko dan shortform yang entah apa-apa....banyak sangat sampai tak faham apa yang mereka tulis...apa salahnye tulis elok-elok...nak suruh orang view blog kita tapi buat camtu...
huish! panjang berjelalah pula kkida menulis bab ini...btw....kkida sendiri memang tidak menaruh harapan besar untuk menang...tak tahu apa sebenarnya ciri-ciri yang di cari oleh para juri dalam menentukan kemenangan sesebuah blog tersebut....
apa-apa pun kkida ucapkan ribuan terima kasih bagi yang telah dan masih lagi terus mengundi blog 1001resepi untuk dua-dua award tersebut...tqvm...dan selamat beristirehat....esok kkida ada makan kenduri...maka cuti masaklah lagi kkida...hehe....







