Thursday, June 21, 2012

tepung muruku serba guna...

salam,
onion ring yang crunchy...
semalam kkida usaha mencari tepung muruku babas ni...kat tesco takda jual...gi ke pasaraya ttdi dan jumpa...terasa happy...beli dua bungkus sekali...
kkida bukan nak buat muruku macam foto kat atas tu....tapi nak guna tepung ni sebagai coating untuk goreng apa saja...dan tadi kkida cuba goreng bawang guna tepung muruku ni...ala-ala onion ring gitu...bancuh tepung dengan sikit minyak dan air secukupnya...jangan pekat dan jangan cair...agak-agak sendiri lah ye...jika suka boleh tambah kunyit sikit untuk cantikkan warna......
panaskan minyak banyak...celup bawang besar yang di potong bulat....goreng hingga masak atau keperangan,,,.angkat dan taburkan dengan sikit garam jika suka...cicah dengan sos cili...
krup! krup!krup!....gitulah lebih kurang bunyinye bila di gigit dan di kunyah....sedap....
kkida juga cuba goreng cendawan ini dengan cara yang sama....saja nak lihat hasilnya...
sedap weh!....makan panas-panas....actually, tepung muruku tersebut yang sedap....jadi apa saja yang di coated dengan tepung ni pasti juga sedap....anda cubalah pula dengan carrot, terung, kentang, bendi, kacang panjang, tempe dan sebagainya...nanti kkida nak cuba teknik lain pula menggunakan tepung ini....happy to share with you...sharing is caring....:)))

15 comments:

  1. Wahhh maseh kak bagi idea. Tak pernah terpikir la pulok selama ni boleh guna tepung muruku untuk wat onion rng bagai! Huhuuu...
    My latest Entry :)
    Novel Review: Mustafa Kamal Ataturk

    ReplyDelete
  2. As'kum Kak Kkida cayangggggggggggggggg waduhhh kak ini idea bernas ni.. sure sedap dan ranggup ni sha dah lah suka maruku buh pulak onion dengan mushroom wahh terbaik!! tq kak Kkida.. muahzz

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Kkida.
    Slama ni ingat tepung tu tuk buat maruku ja. Lepas ni boleh la beli dah..Sbb nak buat goreng2. Senang, x payah nak bancuh tepung sendiri. Buat waktu2 terdesak boleh juga goreng2 sayur ka utk tetamu. Heee

    ReplyDelete
  4. Salam Kkida...selalu nampak tepung ni kat kedai,ingat cuma blh guna buat maruku jer..rupa2nya pelbagai kegunaanya ya.
    Terima kasih kak kerna brkongsi idea...

    ReplyDelete
  5. Salam.. Kak Ida, idea yang brilliant!! Sedap benar nampak onion ring tu.. :) Tq sis!

    ReplyDelete
  6. salam,
    kkida juga dapat idea dari pihak Babas sendiri...anda kena cuba dan share hasilnya dengan kkida nanti ye...tqvm...

    ReplyDelete
  7. Salam kak Ida,

    Good idea kak Ida ni..tepung tu saya ada dalam simpanan...terung ada..esok nak try lah..tq kak ida

    ReplyDelete
  8. wah! x tau lak tepung ni byk kegunaannya.. terima kasih.. pasti akan mencari dan guna... i loike..

    ReplyDelete
  9. idea yg sgt bagus nih akak..kte mesti test...

    ReplyDelete
  10. salam, tak tau pulak blh guna tepung tu...xpe gud idea yg boleh digunakan pas ni...tq...

    ReplyDelete
  11. saya ajar student saya pakai tepung ni untuk goreng kentang dan terung dalam masakan India. Hidangan tu namanya pakoras. sedap woo.. hehe..

    ReplyDelete
  12. tqvm kkida, peh ni mmg kena g cari tepung maruku ni, sy mmg suka buat benda bend ala tempura ni, anak nak pun suka, mcm mcm jenis tepung tempura sy da cuba so nak cuba gak yg kkida g tahu ni, thanks again ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...