Monday, April 2, 2012

thai chicken red curry versi kkida


salam, sejak pulang dari hat yai kkida mencari-cari paste thai curry ini di tesco dan giant...mana tau jika ada yang kita boleh makan...tapi tak jumpa....oleh itu kkida survey pula di internet mencari resepi yang rasanya boleh match dengan thai curry yang kkida makan di sana....akhirnya kkida terjumpa yang sesuai dan kkida ubah suai ikut citarasa sendiri dan inilah hasilnya....amat sedap...

jika kita lihat memang lemak sesangatlah curry thai ni....tapi kerana nak cuba juga buat dan nak tengok hasilnya...maka kita langgar mana yang boleh...hehe....jika nak cuba boleh...sekali-sekala ok...

bahan blender:
3 batang serai, hiris
4 ulas bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
3 sdb tomato puri
3 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu kecil serbuk cumin
1/2 sudu kecil serbuk coriander
2 sudu besar gula merah/perang
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar fresh lime juice

lain-lain bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, potong kecil
2 kotak kecil santan, kurangkan jika perlu
ubi kentang, potong kecil 
cili hijau, hiris
cili merah, hiris
daun limau/kaffir lime leaves
daun basil
1 batang cinnamon

bahan-bahan diatas ni anda boleh adjust ikut selera sendiri...

cara buatnya sama seperti cara kita masak kari...
panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga wangi,,,masukkan santan dan biar didih...1 minit...kemudian masukkan ayam, biar separuh empuk...masukkan kentang dan lain-lain bahan...masak hingga pekat...tambahkan air jika perlu...

rasanya lemak masam manis pedas dan sedap...:)

2 comments:

  1. sukaaaaa kari ayam... nampak mcm rendang u... ada lagi tak? Nak minta tapau sikit..

    ReplyDelete
  2. Something different

    Satya
    http://chitty-boy.blogspot.com

    ReplyDelete