Tuesday, April 24, 2012

roti arab pelbagai guna

salam,
kkida mula mengenali roti arab ni ketika makan kat sebuah restoran di the curve dua tahun lalu...salah satu menunya adalah dhal curry dengan roti arab...sebelum tu kkida tak pernah lihat bagaimana rupanya roti arab tersebut...ketika di hidangkan roti tersebut di cross sikit bahagian tengahnya sebelum di panaskan dalam oven...

cara makannya...koyak sikit-sikit dan celupkan ke dalam curry dhal...terasa sedap pula masa tu...bila kkida terlihat roti tersebut kat tesco selepas itu terus kkida beli dan cuba buat menu yang sama kat rumah...mula-mula ok, semua suka...lama-kelamaan ia kurang dapat sambutan dan kkida pun stop beli roti tersebut...sekali dua aje lepas tu...
beberapa hari lalu kkida guna roti arab ini sebagai roti burger dan ia memang sangat sesuai....roti ni versatile sebenarnya...ia pelbagai guna...lagi pun mudah untuk berimaginasi dengan roti ni kerana bentuknya yang besar dan tebal...macam-macam menu kita boleh buat dengan roti ini...

....dan pagi ni kkida guna roti arab sebagai garlic finger atau garlic toast...potong keping-keping dan sapukan dengan garlic butter, taburkan italian herbs...bakar dalam oven hingga keperangan...hasilnya memang sedap...ia crunchy dan enak di cicah dalam mushroom soup...makan pula panas-panas...hmmmm....yg ni memang kegemaran my kids...:)
kkida juga cuba buat garlic toast dengan hotdog bun...hotdog bun sangat ringan dan rapuh...bila di bakar dalam oven ia menjadi sangar crunchy...hanya belah dua dan sapu dengan garlic butter dan tabur herbs...memang best...:)
so, mulai hari ni jika nak makan garlic finger/bread/toast...inilah roti yang akan kkida beli selain french baguette....anda juga harus cuba...:)
thank you for your vote...:)))

8 comments:

  1. sedapnye..mkn ngan mushroom soup!

    ReplyDelete
  2. emm yummy.
    kita buat dia..so apa2 pun boleh buat kalau kreatif

    ReplyDelete
  3. wahhh .. good idea ni kak ida. selalunya roti arab ni kita panas atas kuali leper pastu cicah sardin atau kari je. tp resepi kak ida ni mmg berbeza. blh cuba ni. thanks share ye kak ida.

    ReplyDelete
  4. faa, memang sedap...apa lagi panas2...

    ReplyDelete
  5. Qasey...yup...simple yet delicious...

    ReplyDelete
  6. Irfa, betul tu...kena kritip aje...:)

    ReplyDelete
  7. kakchik...roti ni versatile...buat camna pun sedap...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...