Monday, April 30, 2012

french toast ala-ala bread pudding

salam,
pepagi lagi kkida dah online ni...:)
kkida nak share resepi french toast ni....apa yang specialnya tentang resepi ini....most of us rajin buat french toast untuk anak-anak nak gi sekolah...gitu juga kkida...cuma so far kkida tak pernah lagi share cara kkida buat french toast....(kkida rasa belum ada lagi resepi french toast kat blog ni...)

btw, sebelum tu kkida nak beritahu yang kkida ni segan dah nak kempen untuk dua-dua event/award kat atas tu...kkida nak ikut stail mat gebulah....'berbloglah dengan gembira'....hehe....betul tu mat...kkida setuju 100%....memang stress...keliru pun ada juga...bagaimana blog yang di tulis dalam tulisan/bahasa selain bahasa kebangsaan (BM) atau bahasa yang semua orang boleh faham (BI) lepas bertanding...hmmmm...:-O

....bagi DIGI WWWOW AWARD pula....voting periodnya lama bebeno...:-(...tak daya rasanya kkida nak ngadap itu je dan berterusan minta orang vote blog kkida ni setiap hari....:/

oleh itu kkida berserah ajelah (salah tu kkida..:)...jika anda rasa blog kkida ni layak di undi...undilah...
terpulang pada budi bicara kalian...lagi pun minggu ni dan minggu depan kkida agak sibuk sikit...next weekend kkida nak gi Sydney seminggu dengan eka dan hani...so kkida nak kena preparelah apa yang perlu terutama hal makan mereka yang tinggal...i.e hubby and anak lelaki kkida yang tiga orang tu...nak kena tunjuk ajar lebih kurang kat bibik apa yang perlu beliau sediakan...selama ni walau pun ada maid...semua kerja masak memasak kkida yang buat sendiri...bibik hanya bantu sikit-sikit aje...tapi jika dah terdesak (kkida takda) beliau boleh buat (masak)...tapi ikut cara dialah....hehe....
oklah berbalik pada cerita french toast ni....apa yang kkida nak share adalah....pertama roti arab pelbagai guna....bestlah roti arab ni...memang sesuai untuk french toast/stick....dan resepi french toast ni kkida perolehi dari buku masak kkida iaitu 1001easy recipes...pukul 4 biji telur dengan 1 cawan krim...sebab takda krim kkida guna susu sejat...garam sikit...potong roti arab pada ketebalan satu inci (jika takda roti arab boleh guna roti jenis lain)...celupkan ke dalam bancuhan susu dan biarkan sebentar supaya roti serap bancuhan susu tersebut...

panaskan sikit butter atas gril pan dan gril hingga keperangan kedua-dua belah....kemudian pindahkan ke atas baking sheet dan bakar dalam oven selama 10 ke 15 minit pada suhu 350C hingga roti gebu...keluarkan dari oven dan taburkan gula icing atau caster sugar...siramkan maple syrup dan makan ketika masih panas...:)



No comments:

Post a Comment