Friday, April 6, 2012

dr ezani kini bersama myChef...

salam,
kkida nak sambung cerita semalam ye...selain empat orang chef celebrity yang menjadi duta kepada produk makanan siap hidang myChef iaitu chef ismail, chef zam, chef florence dan chef liza....kini dr ezani juga dengan rasminya telah manandatangani kontrak bagi menyertai keempat chef popular tersebut dan akan perkenalkan beberapa menu hidangan hasil idea dan sentuhannya untuk di nikmati oleh peminat beliau dan orang ramai tidak lagi....
pada majlis semalam yang di adakah di pwtc...dr ezani, all the chefs, ceo product myChef dan kakitangannya, beberapa orang pegawai dari astro, wartawan tv dan suratkabar/majalan serta beberapa orang blogger menjadi saksi akan perjanjian tersebut....Insyaallah, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi kita akan dapat merasa hidangan hasil idea dan sentuhan dr ezani...pasti sedap....:)
mesti ramai yang ingin tahu kedudukan dan perancangan dr ezani dalam dunia kerjayanya....kerana seperti yang kita sedia maklum dr ezani baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang pergigian dari sebuah universiti di Australia...

semalam ezani berkata...dalam masa tiga tahun ni beliau ingin beri tumpuan kepada kerjaya sebagai 'tukang masak'...beliau masih lagi terikat dengan astro dan kini dengan myChef...ezani akan teruskan kerjayanya sebagai seorang doktor gigi dan juga sebagai celebrity chef selepas tamat kontrak 3 tahun ini....

kkida tanya "sempatke?" jawab ezani...."terpaksa sempatkan juga".....:) 
...sebagai senior kita ni cakap melalui pengalamankan...hehe...

takpa ezani buat mana yang termampu...lakukan yang terbaik dan yang boleh beri manafaat kepada anda, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya....masih muda lagi dan perjalanan anda masih jauh....

chef ismail, chef florence dan chef liza juga menandatangani perjanjian baru dengan myChef...hanya chef zam yang tiada semalam kerana masih berada di luar negara...
selesai majlis tandatangan mereka bertukar dokumen....
happy moment....
apa-apa pun kkida bagi pihak follower dan member fb 1001resepi ucapkan tahniah dan semuga berjaya kepada dr ezani...anda adalah pelapis 'tukang masak terkenal' di malaysia satu hari nanti, Insyaallah...itu apa yang chef ismail katakan....dan juga tahniah kepada myChef khususnya en fairuz atas usaha anda dalam bidang kulineri dan seterusnya menambahkan bilangan produk halal siap hidang yang berkualiti seperti produk myChef ini....senang kami...hehe....
sebelum pulang dan seperti biasa kami akan di bekalkan dengan beberapa kotak juadah myChef...so far kkida belum pernah beli lagi dari tesco atau mana-mana supermarket...asyik makan yang pree aje...hehe...terima kasih...
apa yang menarik dalam beg bekalan semalam ada dua red velvet cupcake dengan creamcheese topping ni yang sedap sangat....kkida tanya sapa buat....dan diberitahu yang buatnya adalah abang K...caya tak? tak caya?  tak...sebenarnya isteri abang K yang buat....sedap! lain kali boleh tempah ye...:)
dan sebelum menuju ke kereta kkida singgah dulu kat foodcourt KLCC, cari makan...belum lunch lagi kerana kekenyangan makan bermacam jenis food sample dalam dewan MIHAS sebelum tu....dah nak balik baru rasa lapar...
hot plate yee mee and mee wantan kicap....
petang ni kkida berangan nak gi makan mee kat shah alam dengan kak jun (cupcakekasih)...dia kata kat tepi tasik shah alam tu ada warung mee sedap...betul ke?  
boleh lah cuba...

selamat beristirehat di hujung minggu...

6 comments:

  1. salam kak ida, tau x camne nk wat kuah claypot mee tu?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, semoga ezani terus success, hub sy peminat ezani, dah come lote org lelaki sure la sukee tgk..adoiii, kak ida sedap ke mychef ni, x penah pulak sy cuba, ce kkida bg review sikit, bole la saya mencuba tanpa ragu..hihihi, tq kk ida

    ReplyDelete
  3. farah,
    macam mana nak buat kuah mee claypot?
    senang aje kkida rasa...nantilah kakida buat satu hari....tapi jika seach kat internet pun banyak resepi kuah tu...

    ReplyDelete
  4. susu,
    nantilah...kkida belum dapat green light dari mychef lagi untuk review product mereka...nanti salah review susah pula...hehe...

    ReplyDelete
  5. Boleh kkida. ini saya bagi green light online ni. Pembetulan sikit. semalam tu kita di KL Convention Center. dan yang buat cupcakes tu isteri saya. dia suka buat cake lately ni. semalam tak tido buat cupcakes.

    ReplyDelete
  6. ops!...sorry, telinga kkida ni pun dah kurang dengar...ada seseorang tepi kkida semalam mentioned nama wife.....yang buat...macam mana pula ke abang K perginya...hehe...sorry ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...