Tuesday, March 6, 2012

talam pandan dan salmon sandwich

salam,
oh! sedapnya talam pandan kkida ni...hihi....sendiri buat sendiri makan sendiri puji...mestilah...kan...
mudah membuatnya....ingat tak hari tu kkida buat kuih talam gula merah ala-ala kuih kosui tu...tapi yang tu guna tepung beras semata-mata...talam pandan ni kkida guna separuh tepung gandum dan separuh tepung beras and turned up sooo good...kkida suka...tak taulah pula pendapat anda bagaimana....resepinya sama seperti resepi talam gula merah...tapi takpalah kkida ulang balik resepinya....

2/3 cawan gula putih masak dengan 2 cawan air hingga mendidih...ketepikan

dalam periok berasingan campurkan;
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)
secubit garam
1 sudu teh air kapur (tak nak letak pun takpa)
kkida tambahkan pandan emulco sikit untuk tambahkan warna dan perisa pandan (optional)

gaul semua bahan rata...tuangkan air gula tadi dan kacau rata....letakkan atas api perlahan dan kacau hingga bancuhan mula nak likat (jangan pekat sangat)...kukus dalam bekas kaca atau acuan kecil selama 20 minit...hidang dengan parutan kelapa muda + garam....sedapppp.........
oleh kerana kelapa ini kkida parut sendiri...maka gitulah rupanya....kkida beli kelapa muda dari kedai...oleh kerana tak lalu tengok keadaan tempat mereka parut kelapa...kkida suruh belah dua aje kelapa tersebut...sampai rumah kopek keluar isi kelapa dari tempurungnya, buang kulit arinya dan parut sendiri...pasti terjamin kebersihan kerana kelapa ni kita nak makan mentah...lainlah jika nak masak gulai atau nak buat kerisik...yang tu boleh pejam mata sebelah...hehe...

pagi ni pula kkida buat sandwich salmon....gril dulu kepingan ikan salmon yang telah di tabur garam dan lada putih hingga keperangan....asingkan tulang dari isi ikan...hancurkan isi ikan...

kkida campurkan beberapa biji telur rebus, japanese cucumber, air jus lemon, mayonnaise, herbs (parseley, spring onion, paprika)....anda boleh letak apa saja herbs kering atau fresh yang anda suka...gaul rata...
 tambahkan salad dan tomato....
jika ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk....sedap tau...:)

10 comments:

  1. As salam KKida.
    Talam tu mesti wangi sangat kan.. dengan pes daun pandan asli :)

    Sedap sandwich camni, Oeya pn suker :)

    ReplyDelete
  2. salam kak Kida.... wahhh...terliur sungguh tgk sandwich tu...nyum, nyum.....

    ReplyDelete
  3. slmt mlm kkida.....singgah nak minta resepi kuih talam pandan nie yea....sok nak wat sikit....

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Ida

    wah meriahnya isi sandwich tu....pagi2 tgk dah lapar dibuatnya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Sedapnya Talam Pandan Tu...Bila tgk sandwich tu lagi sedap...

    ReplyDelete
  6. OO...guna daun pandan ori barulah sedap...yang terbaik...:)

    ReplyDelete
  7. myda...silakan...nanti bagi feedback ye...:)

    ReplyDelete
  8. Nur, Lin,
    Waalaikumsalam...biasalah...sedap...ksebab kkida yang buatkan...hehe...:)

    ReplyDelete
  9. Kkida, saya dah buat. Adun yang pertama letak 1/2 sk kapur, dah jadi rasa pahit. Adun kedua, pulak macam terlembik. Tapi mmg sedap

    ReplyDelete