Tuesday, March 27, 2012

chocolate chip banana muffin

salam,
simple muffin...kkida pasti ramai yang rajin buat muffin pisang ini....kat internet banyak resepi muffin dan kkida juga perolehi resepi ni dari internet...kkida suka buat muffin berbanding kek kerana adunannya lebih mudah dan lebih simple...tak perlu pukul mentega dan gula lama...

wbp, texture taklah sesedap texture kek....kurang gebu dan lebih padat dan kenyal lagi....tapi untuk orang yang kurang rajin seperti kkida ni oklahhhh.....asal boleh sediakan sesuatu untuk minum petang...
jika anda ingin cuba resepi ini....

bahan-bahan
2 cawan tepung self raising (ayak)
1/2 castor sugar
1 cawan chocolate chip
(campur semua bahan ini dalam sebuah mangkuk)

100g mentega, cairkan
1 cawan susu
1 biji telur, pukul sedikit
1 sdt esen vanila
2-3 biji pisang, kisar atau hancurkan
(campur semua bahan ini dalam sebuah mangkuk kemudian tuangkan ke bahan kering tadi)

gaul rata dan isikan kedalam cawan atau muffin cup...bakar dalam preheated oven selama 15 ke 20 minit atau hingga masak pada suhu 200C
toppingnye tu adalah cream cheese icing....kkida terjumpa stok lama dalam fridge...sesuai sangatlah dengan muffin pisang ni....selamat mencuba...

kkida email yazid burger bertanyakan khabar dan sambutan terhadap entri giant burgernye yang kkida poskan minggu sudah....dan ini balasan email yazid...

Terima kasih atas pertolongan seribu satu macam dari blog koleksi 1001 resepi. Alhamdulilah, setakat ni sambutan mengancam dan amat memberansangkan. Saya amat teruja kerana begitu ramai yang membaca kisah giant burger di blog kak ida. Majoritinya datang dari pembaca blog kak ida...dan ada juga yang terbaca di facebook. Setakat ni, semuanya ingin mencuba burger yb @ giant burger dan saya teharu kerana gelaran itulah yang mereka panggil untuk menempah burger ini.

Alhamdulillah...kkida juga rasa happy....:)))

2 comments:

  1. Kenyang betul blogwalking ari ni... Sana sini sedap2 belaka.. Cream cheese tu mengancam betul KKida..

    ReplyDelete