Saturday, March 17, 2012

malam Bloggers and Social Media Awards

selesailah sudah....terima kasih kepada yang mengundi blog 1001resepi....event malam semalam amat menghiburkan...sekali-sekala hadiri majlis santai seperti ini ok juga...majoriti yang dapat award semuanya dari kalangan anak muda....mungkin kkida yang paling senior....hehe....apahal lah makcik ni...rajin pula dia berblog...takda kroje gamaknya...mesti ada yang terdetik camtu....:)

sebenarnya kkida tulis blog hanya suka-suka...serupa macam orang tulis diari...arwah ayahanda kkida dulu rajin tulis diari...arwah akan update diarinya sekerap mungkin...duduk dalam hutan rimba pun dia masih ada kesempatan untuk tulis diari (arwah ayah kkida adalah bekas tentera)...dia memang suka menulis, jika duduk diam pun jari telunjuknya akan bergerak-gerak seperti menulis sesuatu.....itulah tabiat arwah hingga membawa kepada anaknya...

kak wati/jun from cupcakekasih adalah anak yang paling menurun dengan sikap arwah....kak jun adalah seorang bekas wartawan yang dikenali (zurilawati ku zaifah) satu ketika dulu...beliau lama bertugas dengan majalah jelita bahagian fashion dan penampilan diri...lebih 10 tahun mungkin....dan kini pabila usia hampir ke senja baru le kita kakaknya pula nak cuba-cuba jadi penulis...penulis blog pun jadi le...hehe...bukannya apa, since dah ada kemudahan teknologi canggih ni rugilah pula rasanya jika tak dimanafaatkan...
wbp, tak pernah pula terfikir bahawa dengan menulis dan berkongsi ilmu masak-masak yang ala-ala gitu akan membawa kita ke pentas dan bersalaman dengan pak menteri untuk menerima award seperti ini...sebenarnya itu bukanlah matlamat kkida menulis blog....hari tu ntah apa yang bermain di benak hati kkida ni hingga terjoin competition seperti ini....bila fikir balik kkida pun pelik gak...sebenarnya kkida ni bukanlah jenis yang suka menonjolkan diri seperti ini...kita suka diri dibelakang-belakang aje...tak suka kedepan.....:)
btw, takpalah....perkara dah lepas...jadikan ia satu pengajaran....yang baik kita simpan yang buruk kita buang jauh-jauh....niat menulis blog hanyalah untuk berkongsi apa yang kita tahu...bukan kerana nak kejar glamour dan meraih perhatian....jika ada apa-apa credit kita terima dengan senang hati dan dengan rasa kesyukuran...
berbalik kepada majlis semalam....menteri penerangan dato seri rais yatim, turun padang untuk meraikan para blogger....tetapi apa yang kkida perhatikan/sedikit kesal, kenapa ada blogger yang tidak hadir sendiri ke majlis tersebut...dah menang buat jual mahal pula, hantar wakil je untuk terima award tersebut...sedangkan menteri sendiri boleh luangkan masa dan terkocoh-kocoh mengharungi traffic jam untuk memenuhi jemputan inikan pula 'awak' tu....

jika tiada alasan kukuh (isteri nak bersalin ke, atau atok meninggal, atau terpaksa ikuti misi penyelamat ke luar negara) adalah tidak wajar mereka-mereka ini tidak hadirkan diri ke majlis tersebut....jika ikutkan kkida pun malas juga nak ke majlis tersebut...tetapi kerana fikirkan pihak terbabit telah bersusah payah mengeluarkan belanja dan masa yang tidak sedikit...maka kkida gagahkan diri, datang juga....ia adalah sebagai tanda terima kasih kkida kepada pihak berkenaan....orang memberi kita merasa....walaupun hanya sebuah trophy yang beratnya....mak ai....:)

anak kkida tanya...
"mama nak buat apa dengan trophy ni, nak letak kat mana?"
kkida jawab...
"ntah, mama pun tak tau....kalau kecik boleh le buat buah rantai...gantung kat leher"....hihi...

hidangan yang membangkitkan selera....tetapi kerana tak mau comot...makan sikit-sikit je...:)
tapi dessertnya memang kkida nak komen....keras bebeno bread puding ni...dah letak ice-cream pun stil keras dan liat....meh sinilah kkida ajar camna nak buat bread puding yang sebenarnya...:}
cantikkan trophy ni....cuma satu je...pada pendapat kkidalah.....seeloknya letak nama blog, bukan nama pemenang pada trophy tersebut...contohnya:
www.koleksi1001resepi.com - best F&B blog
secara otomatik orang akan tahu dan kita tak perlu nak explain panjang lebar...
jejaka idaman dan bakal jurutera...ariffshah.com (upcoming blogger of the year)....sempat pula ariff bergambar dengan anak dara kkida, eka....dan share kat blog beliau...:)
rich young entrepreneur...Imran Koyube,  president and founder of  I LUV ISLAM.COM (best educational blog)...Imran duduk sebelah kkida....pangkat anak kita je...seorang usahawan yang berjaya...suka berbual dengan Imran, banyaklah soalan cepumas yang kkida tanya pada Imran (maklumlah kita ni kan orang tua, memang suka ambik tahu...:)

wbp, seperti dah kenal lama, imran bercerita dan bersembang perihal diri beliau dan businessnya dengan kkida...tahniah Imran, auntie ida tumpang bangga dengan pencapaian anda...kenduri bulan lapan nanti jangan lupa jemput auntie ye...:)...auntie betul-betul nak datang tau...
www.bicaramakdara.com...juga mendapat perhatian ramai kerana categori yang beliau menangi mencuit hati iaitu Worst Blog of the Year.....:)
dan gadis ini adalah bintang pada malam semalam....honeykoyuki.blogspot.com
sebabnya...lu fikirlah sendiri (kata nabil raja lawak....:)))
....ada seseorang email kkida berkali-kali tentang perkara ini....kkida pun tak pasti...???

Congratulations! We would like to inform you that your blog has been nominated for Fave Makan-Makan Expert 2012 in DiGi's WWWOW awards for the year 2012!

rasanya cukuplah sekali....
thank you to my lovely daughter Eka, kelam-kabut balik dari office hanya kerana nak teman mama, tukang ambil gambar dan tukang angkat trophy yang berat tu malam tadi...lupa pula mama nak snap gambar kakak....yang ada hanya tanda nama ni....hehe...oklah tu ye kak...luv you... 

18 comments:

  1. Tahniah! Di celah ribuan blog masak2/makan2, koleksi1001resepi lain dari yang lain. Keep it up Kak Ida!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah Kak Ida...I luv u lah kak!:)

    ReplyDelete
  3. auntie congrats sangat-sangat sebab menang. you really deserved this title =) nanti saya nak try resepi dalam blog auntie ni hihi

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ucapan tahniah anda semua....:)

    ReplyDelete
  5. As Salam.. Tahniah Kak...respek akak, walau dah di tahap nie tapik sgt humble.....

    ReplyDelete
  6. terima kasih Lidasarrah...kkida ni biasa-biasa aje...:)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kak Ida...smg terus berblog dn berkongsi ilmu !

    ReplyDelete
  8. wao taniah.taniah...suke blog ni..nnti update lagik menu yang best2 ek ;))

    ReplyDelete
  9. terima kasih Ummi....:)

    terima kasih Syazana....:)

    Insyaallah akak akan terus share apa yang boleh selagi termampu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah kkida, u deserve it ok..keep up the good work..masuk je semua contest tu...yg ptg kita cuba..kejayaan deserve by everybody regardless of age and status..

    P/s-mcm sesuai je ariff ngan eka..;)))

    ReplyDelete
  11. Ella...rasa tua betul kkida ni...segan pula nak join orang muda....Insyaallah...niat tu yang utamakan...:)
    terima kasih...

    ReplyDelete
  12. tahniah..jemput datang ke blog saya koleksiperhiasanperak.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Tahniah akk...sy kagum...my wife pon dah kerap jljah blog akk...carik resepi baru.....bdk br blja...hihihi..ble kn kak...

    ReplyDelete
  14. terima kasih s.aksah...insyaallah saya akan jengah nanti...:)

    ReplyDelete
  15. terima kasih Suhail...silakan...itulah tujuan kkida menulis blog...ingin berkongsi ilmu...:)

    ReplyDelete