Saturday, March 10, 2012

bingka roti buah koktel

cuti datang lagi...selamat cuti hujung minggu dan selamat berlibur sempena cuti sekolah penggal pertama ini....mungkin ramai yang ambil kesempatan untuk relax-relax bersama keluarga dan rehatkan minda dari bebanan kerja yang tak habis-habis....tak kiralah samada kerja opis atau kerja rumah tangga....:)

dan seperti biasa, bila cuti-cuti camni kkida pun nak gi rewang-rewang juga...hehe...kali ni kkida nak gi makan tomyam nun jauh ke utara....ke hat yai....mesti lain rasa tom yam kat hat yai kan berbanding tomyam kat KL....dan juga pulut ayam goreng, pulut mangga dan pulut durian yang pastinya sedap (dari beberapa blog yang kkida layari semua kata best makanan kat sana...)

ish!..asyik cerita hal makan je kkida ni....:)...yelah...inikan blog makan-makan....jadi pasti itulah cerita yang sesuai untuk kkida kongsikan kat sini...
ok, sebelum kkida istirehatkan blog ini untuk beberapa hari....kkida nak share puding roti ni yang kkida buat semalam.....apa lainnya puding roti ni dengan puding roti yang pernah kkida share sebelum ini?

kelainannya kali ni kkida campurkan fruit cocktail dalam puding ni...idea ni kkida dapat secara spontan selepas kkida tonton rancangan makan-makan kat tv...kkida lihat chef sebuah restoran masukkan buah campuran ke dalam bancuhan puding rotinya....dan nampak sedap....kkida pun cuba dan inilah hasilnya...
resepi olahan kkida adalah seperti berikut:
1 batang french loaf
1 kotak heavy cream 250ml
1 cawan susu full cream uht
3/4 cawan gula castor
6 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen
1/2 sudu kecil garam
2 cawan fruit cocktail

caranya:
potong roti (cube) kecil seperti foto diatas
dalam bekas berasingan...pecahkan telur dan pukul dengan gula hingga hancur
masukkan cream, susu, vanila dan garam...pukul sebentar
tuangkan bancuhan telur dan susu ke dalam roti...tekankan sedikit supaya roti terendam
masukkan fruit cocktail dan gaul rata
tuangkan adunan ke dalam baking dish yang telah gris dengan butter
letakkan (dot) sedikit butter ke atas bread pudding
tutup dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 minit
tarik keluar aluminium foil dan terus bakar selama 20 ke 30 minit lagi atau sehingga bahagian atas puding keperangan dan masak...
sejukkan...hidang dengan madu, ice-cream, custard sos dan sebagainya...
sooo goood....anda harus cuba ye...:)

....mengenai trip kkida...petang ni kkida akan ke kuala kangsar dulu...bermalam kat rumah opah (my mum)...tomorrow early in the morning kkida akan bertolak terus ke bukit kayu hitam dan harap sampai pekan Hat Yai on time, just nice untuk check-in hotel....kkida akan nginap di Novotel Centara selama 2 malam (last minute booking melalui booking.com....hihi....nasib baik masih ada bilik...:)

esok petang dalam perancangan, kkida nak lawat pasar malam terapung yang disebut-sebut tu....khabarnya kat situ terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual oleh wanita-wanita melayu muslim dari dalam sampan je....kkida suka nak tengok pemandangan yang menarik dan unik seperti tu....

oleh kerana terlalu jauh dari Hat Yai (melebihi 500km)...terpaksa kami batalkan niat nak drive all the way ke Phuket atau Krabi....mungkin di lain masa jika ada kesempatan....lagi pun trip kali ni ada yang tak dapat ikut serta kerana hal kuliah (pelajaran) masing-masing....:(

oleh itu...hingga kita 'jumpa' lagi minggu depan....daaaaaa...pasti banyak cerita yang kkida akan kongsikan dengan anda nanti....bye!



4 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh sedapnya.....

    ReplyDelete
  2. As'salam sdp nya lama x buat bingka roti....ingat nak buat juga time cuti2 sklh ni...

    ReplyDelete
  3. sedapnye...kalo digantikan dengan roti biasa boleh tak???

    ReplyDelete