Saturday, February 25, 2012

yang timur dan yang barat...

salam,
kkida suka makan rebus-rebus stail orang kampung macam ni sekali-sekala....anda suka tak? healthy version of kkida....hehe....betik muda memang kegemaran saya....kkida suka campurkan betik muda dalam gulai atau rebus sebagai ulam.....rasanya yang manis dan tinggi kandungan serat memang amat sesuai bagi mereka-mereka yang sihat dan ingin turunkan sikit  kilo-kilo yang ada...:)

dan sekali-sekala juga kkida suka masak yang creamy-creamy macam ni...:)....yang ada sikit kurang healthy dan pasti menambahkan kilo-kilo keliling pinggul dan pinggang anda...heeehee...tapikan..sekali-sekala aje...apa salahnye....hmmmm..:D.
apa yang kkida nak share kat sini adalah kelainan mac n cheese ni....kkida taburkan breadcrumbs atas mac n cheese sebelum gril...saute dulu serbuk roti tersebut dengan butter sebelum taburkan atas mac n cheese...
mac n cheese ni kkida pasti anda tahu buatkan....untuk resepi ini kkida hanya guna ready bottle mac n cheese sauce yang boleh anda beli dari pasaraya....masak dulu white sauce atas api perlahan dengan sedikit liquid samada air atau susu atau cream atau stock  bila dah didih kemudian masukkan parutan cheese pilihan anda....kkdia guna cheddar and parmesan...tambahlah apa-apa herbs yang anda suka....
masukkan macaroni yang dah direbus terlebih dahulu dan gaul rata...kemudian sendukkan kedalam glass baking dish....susun tomato dan taburkan bread crumbs...bakar pada suhu 180C hingga serbuk roti keperangan...bila makan terasa garingnya serbuk roti tersebut...

2 comments:

  1. Buah betik ni memang banyak khasiat.sangat berkhasiat untuk ibu2 yang menyusukan anak.sup buah betik membantu untuk menghasilkan susu ibu yang banyak
    Lama tak jenguk Kak Ida, harap Kak Ida sihat ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...