Tuesday, February 28, 2012

pisau seramik tak perlu asah

pisau seramik...apa keistimewaannya berbanding pisau yang biasa kita guna....
Pisau Seramik diperbuat daripada zirconim dioxide (zirconia) antara bahan mineral terkeras didunia. Ia menjadikan mata pisau SENTIASA tajam dan TIDAK PERLU diasah.

Lebih baik dari itu mata pisau seramik TIDAK AKAN karat. Pisau Seramik adalah teknologi moden kulinari dan penyediaan makanan dibawa ke dapur rumah anda!

anda ingin tahu lebih lanjut lagi...sila layari 

http://www.pisauseramik.com/


Assalamualaikum,
oleh kerana sambutan di luar dugaan tahun lalu, kini pisau seramik kembali lagi....dan kkida rasa sungguh gembira kerana pihak admin pisauseramik.com sekali lagi ingin berkongsi keistimewaan pisau ini dengan pengguna melalui blog dan facebook 1001resepi...:)

apa keistimewaan dan kelebihan pisau ini?....pisau ini sentiasa tajam dan sememangnya ia tak perlu diasah...cuba lihat foto atas (pemegang hijau)...itu adalah pisau seramik pertama yang kkida terima dari pisauseramik.com...masih kelihatan cantikkan!...sudah pasti kerana kkida jaga pisau tersebut dengan cermat dan Alhamdulillah, hingga kini pisau tersebut masih tajam seperti mula-mula kkida miliki...itu yang penting...:)

pisau seramik terbaru (warna merah) mempunyai ukuran lebih besar dari pisau seramik pertama (hijau)...wbp, kedua-duanya punya kualiti yang sama...kkida terima pisau tersebut (merah) dari pisauseramik.com beberapa minggu yang lalu...pihak admin minta kkida guna dulu, rasa dulu kehebatan dan keistimewaan pisau tersebut...dan kini kkida ingin share kelebihannya dengan anda...

memang terbaik...kkida katakan ini dengan ikhlas...bukan hanya semata-mata untuk melariskan  product...sesuatu yang baik pasti kkida suka untuk berkongsi dengan pembaca setia blog kkida ni....bukan takat pisau seramik ni je...so far, telah banyak product/bahan yang pernah kkida share dengan anda kat blog nikan!...pada kkida jika ia berikan manafaat dan faedah apa salahnya...
dengan pisau seramik, mudahnya menghiris sengkuang ini nipis-nipis, dengan ketebalan yang sekata, kemudian rincik pula halus-halus...cantik dan tak berubah warnanya berbanding jika kita guna pisau biasa...

kkida banyak guna pisau seramik ni untuk mengupas dan menghiris buah-buahan setiap hari seperti epal, orange, mangga, lemon, nenas, tomato, celery, timun, salad dan sebagainya....:)))
lihatlah bunga kantan tu...cantik je di hiris halus....alah membeli menang memakai...memang tak rugilah pada mereka-mereka yang telah memilikinya....
peeler ceramic...bila anda dah ada peeler ni...pasti peeler lama tak berguna lagi...buang aje le...:)
peeler ni akan diberi percuma dengan 200 pembelian pertama pisau seramik...baik cepat order...jangan dok fikir lelama sangat...RM60....pejam mata ajelah...kita yang nak guna...hubby mana tau kalau tanya pun...best ke tak best ke...bukan depa yang dok cerok dapor...muahaha...:)))


untuk keterangan lanjut sila layari page ini

http://www.pisauseramik.com/

 http://www.facebook.com/pisauseramikdotcom


(sponsored post)



18 comments:

  1. salam..

    dah bayar rm60..dah buh promo word sis...hope gonna get it soon..

    tq sis...

    ReplyDelete
  2. dah byr gakk RM60..tak sbr nk pakai..-Rini

    ReplyDelete
  3. berminat sesgt...macamana nak buat tempahan dan pembayaran ek...:0

    ReplyDelete
  4. salam,
    untuk tempahan sila click pada link...

    ReplyDelete
  5. Salam kkida,

    Tq for yr honest review. Saya pun dah order. Tak sia2 saya subscribe rss blog ni sebab boleh dapat discount rupanya. Dulu penah come across that site tapi harga masa tu macam RM75 dan macam kurang caye. Now saya ikut nasihat pakar je.haha

    noorfaiza

    ReplyDelete
  6. Salam...kkda, cmne nk order?...nk click link yg mana yea?

    ReplyDelete
  7. pisauseramiktakperluasah ke?....tak boleh click la kkida...:(

    ReplyDelete
  8. feeza sayang la sayang...feeza klik yang mana?....:)

    ReplyDelete
  9. kat perkataan pisauseramiktakperluasah...mmg tak leh click...tp klu klik kat www.pisauseramik.com trus g blog pisau seramik tue...huhuhuhu..:((

    ReplyDelete
  10. salam sis cammana nak beli pisau niii....

    ReplyDelete
  11. su...click website pisauseramik...di sana ada borang...letakkan kod promosi dan bayar rm60...itu saja..

    ReplyDelete
  12. As salam KKida. Selamat pagi.. Bagus ni, dah tentu membantu :)

    ReplyDelete
  13. Salam kak ida, sy beli pisau seramik sbb tgk blok k.ida tp sampai skrg x dpt2.saya call kata da pos 25 hb tp smpai smlm x terima..smlm bg email tanya lagi dan sampai hr ni x bls2 lgsung.call x berjawab.sy frust sgt..beli 2 plak tu.klu k.ida kenal baik tlgla gtau owner tu nk bukti sy transfr duit sy ada..anytime leh email balik..xde rezeki sy agaknya
    Marlina sk putrajaya presint 11(2)

    ReplyDelete
  14. salam Marlina,
    jangan risau, nanti kkida check dengan admin pisau seramik...mungkin mereka dah pos tapi ada kesilapan dan sebagainya...Insyaallah, kkida akan usahakan...:)

    ReplyDelete
  15. salam kak ida, terima kasih respon permintaan sy..mekasih byk..sy masih menunggu ni..dah dpt memg sy inform..ada hikmah agaknya...selalu pembaca senyap tetiba terbongkar sudah gara2 pisau x sampai2...anyway mekasih byk ye k.ida...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...