Thursday, January 5, 2012

mushroom chicken sandwich dengan panini maker

panini sandwich maker....biasa dengar tak?....kat malaysia mungkin alat ini jarang digunakan....tapi ia ada dijual di bahagian peralatan dapur seperti di harvey norman atau shopping mall seperti jusco atau metro...
sandwich yang di hasilkan oleh panini maker lebih sedap lagi berbanding toster biasa atau sandwich maker yang biasa kita guna...rotinya lebih crispy dan crunchy dan alat ini mudah dikendalikan....panini press sandwich maker ini kkida bawa pulang dari trip tempoh hari....since ada sale dan murah kkida beli satu yang kecil...
dan pagi ni baru kkida rasmikan....kkida ke tesco pagi tadi lepas dropkan anak kat sekolah....beli 2 ekor ayam gril...ingat nak buat chicken pie guna pie maker yang juga kkida beli dari perth....tapi bila jengah ke bahagian sejuk beku takda pula puff dan shortcrust pastry...oleh itu tukar plan dan jadilah sandwich ini...

untuk fillingnya tu kkida campurkan isi ayam gril yang di potong kecil dengan mushroom (saute dulu dengan minyak, salt dan pepper...cincang)...daun ketumbar cincang, beberapa sudu mushroom soup (kkida guna campbell's mushroom soup)...tak perlu tambah air....


butterkan sebelah roti dan letakkan atas panini maker yang telah di panaskan terlebih dahulu....bahagian yang disapu butter facing ke bawah....letakkan grated mozarella cheese....kemudian letakkan chicken filling tadi dan topkan dengan grated cheese....
sapukan sebelah roti dengan butter dan tutup sandwich....bahagian yang disapu butter facing keatas...
tutup panini maker....tak perlu tekan kerana ia akan press dengan sendirinya....setelah masak lampu hijau akan menyala....angkat penutup panini dan sandwich anda sedia di hidang....(berhati-hati kerana alat ini sangat panas....tutup switch dulu sebelum alihkan sandwich)

sandwich yang dipanaskan dengan menggunakan panini maker memang sedap...tambah jika di makan ketika masih panas....senang di buat, tak ambil masa lama untuk menyediakan sandwich....sesuailah untuk sediakan sarapan anak ke sekolah....fillingnya tu boleh reka sendiri...

3 comments:

  1. HI, Can i know where can get the sandwish griller?

    ReplyDelete
  2. akak beli kat mana ek panini press ni~ kat malaysia kan susah nak cari~

    ReplyDelete